Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lib] | صليب

Definisi : 1. dua batang kayu yg bersilang spt tanda campur; 2. tanda yg berupa garis yg bersilang spt tanda campur (lambang agama Kristian, Palang Merah, dll); menyalib menghukum mati dgn mengikat atau memaku orang yg dihukum itu pd kayu salib; penyaliban perihal (perbuatan dsb) me­nyalib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lib] | صليب

Definisi : 1 dua batang kayu yg bersilang letaknya (spt tanda campur). 2 tanda yg berupa garis bersilang spt tanda campur yg menjadi lambang agama Kristian dll. menyalib membunuh dgn mengikat pd kayu salib. menyalibkan meletakkan sesuatu bersilang atau berpalang; menyilangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salib


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALIB

Salib ialah simbol paling lazim bagi agama

Kristian. Salib merupakan palang yang padanya

Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya

bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan

peranan utama dalam menghapuskan dosa

manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai

lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan

penganut Kristian menggunakan simbol salib

yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan

Protestan sebahagian besarnya menggunakan

salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak

dengan palang melintang yang pendek sedikit

yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak

gereja Ortodoks Timur menggunakan salib

Yunani yang mempunyai empat palang yang sama

panjang yang bertemu di tengah-tengah.

UMUM 
PERANG SALIB

Perang Salib ialah nama sempena serangan

askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu

gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini

berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14

M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama,

iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari

segi geografi yang menyambungkan di antara

timur dengan barat, dan keinginan menguasai

tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga

bertujuan menyekat usaha pembukaan negara-

negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat

toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain.

Mereka telah menyusun tentera yang datang dari

Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan

utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan

1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun

peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan

peningkatan kekuatan senjata.

UMUM 
PERANG MANSURAH

Perang Mansurah , peperangan antara orang

Islam Mesir, di bawah pemerintahan al-Malik al-

Salih dengan orang Perancis, di bawah

pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera

Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini

berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca

tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin

yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis

hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun

selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi.

Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke

kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu

mereka menanti peluang untuk memecahkan

kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan

Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan

dan impian mereka selama ini.

UMUM 
PERANG HITTIN

Perang Hittin berlaku pada akhir bulan

Rabiulawal tahun 583 H., bersamaan bulan Julai

1187 antara kaum Muslimin yang dipimpin oleh

Salahuddin al-Ayubbi dengan tentera Salib di

daerah Syam yang kini terletak dalam kawasan

takluk Israel, iaitu di sebelah barat tasik Tabariyah.

UMUM 
SARACENS

Saracens ialah panggilan yang diberikan oleh

orang Barat terhadap orang Islam yang menyerang

dan menduduki beberapa bahagian dunia Kristian di

Asia, Afrika dan Eropah dari tahun 600-an M. hingga

tahun 1000-an M. Nama ini juga ditujukan kepada

orang Palestin, Syria, dan orang Moor, yang berjaya

mengalahkan kerajaan Sepanyol pada tahun 700-an

M. semasa Perang Salib, dan orang Saljuk yang

berperang dengan tentera salib. Orang Yunani dan

orang Rom pada mulanya menggunakan perkataan

Saracen untuk menyatakan puak Arab yang tinggal di

Gurun Siro-Arab.

UMUM 
ANUGERAH KESATERIA

Anugerah Kesateria. Kesateria Zaman

Pertengahan bersatu dalam kumpulan-kumpulan

yang disebut sebagai order . Mereka melafazkan

ikrar taat setia kepada raja atau tuan mereka, dan

membentuk pertubuhan ketenteraan untuk

mempertahankan tanahnya daripada musuh. Ketika

Perang Salib, pelbagai golongan kesateria

bertempur dengan tentera Islam di Tanah Suci.

Kesateria yang menyertai golongan ini bersumpah

untuk hidup sebagai rahib dan juga saudara yang

setia semasa peperangan. Golongan agama yang

paling terkenal ialah Knights of Saint John, Knights

Templars, dan Teutonic Knights.

UMUM 
ABU AL-FIDA’, ‘IMAD AL-DIN ISMA‘IL

Abu al-Fida’, ‘Imad al-Din Isma‘il (672 H.–732 H.

/1273 M.–1331 M.), ahli sejarah, geografi dan

sasterawan. Nama penuh ‘Imad al-Din Isma‘il Abu

al-Fida’ ialah Isma‘il ibn Ali ibn Mahmud ibn

Muhammad ibn ‘Umar ibn Shahnashah ibn Ayyub.

Bapanya pernah memerintah Hamat. Dia pernah

bersama-sama bapanya menyertai Perang Salib

ketika usianya 12 tahun. Abu al-Fida’ banyak

menceburkan diri dalam beberapa bidang lasak

seperti ketenteraan di samping memberi perhatian

khusus dalam bidang sejarah dan sastera.

UMUM 
TASIK LUCERNE

Tasik Lucerne, menjadi latar beberapa

pengembaraan patriot Swtizerland yang menjadi

legenda, William Tell (lihat Tell, William ). Ia

terletak di tengah Switzerland. Untuk lokasi Tasik

Lucerne, lihat Switzerland (peta). Nama Jerman

untuk tasik ini ialah Vierwaldstätter See , atau Tasik

Empat Kanton Hutan . Empat buah kanton (negeri)

yang berhutan – Lucerne, Schwyz, Uri dan

Unterwalden – mengelilinginya. Tasik Lucerne

meliputi kawasan seluas 114 kilometer persegi. Ia

berbentuk seakan-akan salib. Tasik ini panjangnya

39 kilometer dan lebarnya tiga kilometer.

UMUM 
ORANG NORMAN

Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking,

atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula-

mula menduduki utara Perancis, kemudiannya

mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada

tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan

penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah

sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M.,

mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis

yang terletak berhampiran muara Sungai Seine,

yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada

tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau

Rollo (860?–931?) menjadi duke untuk raja Frank,

Charles Yang Sederhana (Charles the Simple).

Orang Norman pun menganut agama Kristian dan

menerima adat Perancis. Ramai orang Norman

yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua

gereja, dan pahlawan Perang Salib.

UMUM 

Kembali ke atas