NABI SALIH A.S. | Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud. Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda sebagai ahli sihir. | UMUM | |
‘ALI ‘ABDULLAH, SALIH | `Ali `Abdullah, Salih (1363 H.– /1942 M. – ) ialah Presiden Republik Arab Yaman. Dia lahir di Kampung Bait al-Ahmar, daerah Sanjan di San’a, Yaman. | UMUM | |
MUHAMMAD SIRAJ HAJI MUHAMMAD SALIH | MUHAMMAD SIRAJ HAJI MUHAMMAD SALIH ( ? - ? ), penerbit dan penjual buku Melayu yang terbesar di Singapura pada akhir abad ke-19. Muhammad Siraj berketurunan Jawa dari Rembang. Bapa dan abangnya, Yahya, bergiat dalam bidang perniagaan percetakan sejak tahun 1870-an. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERANG MANSURAH | Perang Mansurah , peperangan antara orang Islam Mesir, di bawah pemerintahan <i> al-Malik al- i> <i> Salih i> dengan orang Perancis, di bawah pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi. Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu mereka menanti peluang untuk memecahkan kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan dan impian mereka selama ini. | UMUM | |
SURAH AL-HIJR | Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah <i>Makkiyyah, i>surah yang ke-15 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 99 ayat. Surah ini dinamakan dengan <i>al-Hijr i>kerana Allah S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku terhadap kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara Madinah dan Syam. Mereka ini adalah orang yang gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga boleh dijadikan rumah kediaman. Mereka merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal, tanpa ditimpa kebinasaan dan kematian. Ketika mereka berada dalam keadaan aman dan tenang, tiba-tiba mereka ditimpa azab yang dahsyat di waktu hening pagi. | UMUM | |
JALA' AL-QULUB BI DHIKR ALLAH | JALA’ AL-QULUB BI DHIKR ALLAH, kitab tasawuf. Kitab ini dikarang oleh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih yang dikenal Tuan Tabal. Kitab yang berbentuk risalah ini selesai dikarang pada tahun 1287H./1870 M. Di Kelantan. Kitab ini pernah dicetak di al-Matbaah al-Asasiah, Kota Baharu, Kelantan (edisi kedua 1354H.), berukuran 21cm x 14 cm setebal 26 halaman. | SASTERA | Karya |
BAHR AL-LAHUT | BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah ‘Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah ‘Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut <I>al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah I>karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah ‘Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza. | BAHASA | Bahasa |
NABI IBRAHIM A.S. | Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al- Qur’an tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ <I>Dan I> <I>Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan I> <I>Ya’kub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan I> <I>keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi I> <I>dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan I> <I>balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya I> <I>adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang I> <I>salih”. I> (<I>Surah al-‘Ankabut I>29:27) | UMUM | |