TELEPENGATUR HURUF (TPH) | Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin ini secara automatik akan menjadikan salinan ini dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak akhbar. | UMUM | |
KAPAL, MODEL | Kapal, Model ialah salinan kecil bagi kapal atau bot bersaiz penuh. | UMUM | |
PROSES OZALID | Proses Ozalid ialah kaedah mengeluarkan salinan dokumen. Kertas asal diletakkan di atas helaian kertas Ozalid yang dirawat secara kimia dan dimasukkan ke dalam mesin Ozalid. | UMUM | |
SIRAT AL-MUSTAQIM | SIRAT AL-MUSTAQIM, kitab karya Nuruddin al-Raniri. Kitab ini mula ditulis pada tahun 1634 hingga tahun 1644. Sirat al-Mustaqim dipercayai kitab fikah yang pertama dalam bahasa Melayu. Manuskrip asli tulisan tangan pengarang kitab ini hingga kini masih belum ditemui. Salah satu salinan yang ada ialah salinan Lebai Polim Aceh, yang disalin pada tahun 1680. salinan tersebut asalnya milik Sultan al-Mu’azzam Raja Yusuf Makanah, yang dihadiahkan kepada pangeran Anom Kesuma Negara dari Mempawah oleh Sultan Bone. Pada tahun 1989, manuskrip ini dimiliki oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan diberi nombor kelas MS 1102. Manuskrip ini berukuran 20.5 cm x 16.8 cm, purata 19 baris setiap halaman, setebal 173 halaman. | SASTERA | Karya |
XEROX CORPORATION | Xerox Corporation ialah firma Amerika Syarikat yang terkemuka, dan salah sebuah pertubuhan industri yang terbesar di dunia. Firma ini menghasilkan mesin penyalin automatik yang pertama dalam membuat salinan kering daripada bahan bercetak atau bahan bertulis di atas kertas biasa. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN BODLEY | Perpustakaan Bodley ialah perpustakaan utama di Oxford University, England. Perpustakaan ini mengandungi kira-kira lima juta buku dan lebih daripada 60 000 manuskrip. Undang-undang hak cipta menetapkan bahawa satu salinan bagi setiap buku yang diterbitkan di Great Britain mestilah diberikan kepada perpustakaan ini sekiranya perpustakaan ini memerlukannya. | UMUM | |
MIKROFILEM | Mikrofilem ialah sejenis filem foto yang merakamkan imej bahan bercetak atau bahan lain yang telah dikecilkan. Oleh sebab saiz imej ini telah dikecilkan, mikrofilem boleh menyimpan sejumlah besar maklumat dalam ruang yang kecil. Proses membuat salinan mikrofilem disebut sebagai mikrofotografi. | UMUM | |
SYAIR AWANG SEMAUN | SYAIR AWANG SEMAUN, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah sebuah syair sejarah yang menceritakan permulaan sejarah Brunei dan asal usul rajanya. Syair ini hanya terdapat di Brunei. Dalam koleksi manuskrip Melayu yang tersimpan di Muzium Brunei tersimpan empat jilid syair ini bertaip dalam tulisan Rumi. Terdapat sembilan syair ini dalam koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang terdiri daripada beberapa versi yang lengkap dan tidak lengkap. Ada beberapa di antaranya yang merupakan versi otentik dalam tulisan Jawi, sementara yang lain adalah salinan dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Konsep |