LEMBANGAN SALIRAN | Lembangan saliran, kawasan yang membekalkan air kepada suatu rangkaian alur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
SUNGAI RHINE | Sungai Rhine ialah jalan air pedalaman yang terpenting di Eropah. Panjang sungai ini lebih kurang 1320 kilometer dan merupakan saliran air bagi kawasan yang luasnya lebih kurang 224 600 kilometer persegi. Sungai ini bermula di sebelah timur Switzerland. Ia membentuk sebahagian sempadan Switzerland, Liechtenstein, Austria, Perancis, dan Jerman. Sungai ini mengalir melalui Jerman dan Belanda dan masuk ke Laut Utara. Walaupun terdapat beberapa masalah pencemaran daripada bahan buangan perindustrian, sebahagian Sungai Rhine ini amat cantik dan menarik banyak pelancong. Bagi orang Jerman, Sungai Rhine merupakan lambang sejarah kebangsaan mereka. Beberapa legenda orang Jerman berkait dengan sungai ini. | UMUM | |
PUKEKO | Pukeko ialah sejenis burung New Zealand berwarna-warni yang hidup di kawasan paya, tebing tasik, dan tanah ladang yang tidak mempunyai saliran yang baik. | UMUM | |
SUNGAI INDUS | Sungai Indus ialah sungai yang terpanjang di Pakistan. Dalam puisi purba sejarah India, sungai ini dikenali sebagai “Raja Sungai”. Sungai ini menjadi sumber kepada salah satu sistem saliran yang terbesar di dunia. Sungai Indus berpunca di Tibet di utara Pergunungan Himalaya pada ketinggian 5180 meter, mengalir ke barat dan ke barat daya sepanjang kira-kira 2897 kilometer dan mengalir masuk ke Laut Arab melalui beberapa muara. | UMUM | |
SUNGAI MISSOURI | Sungai Missouri ialah sungai terpanjang di Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir 4090 kilometer dari puncaknya di Red Rock Creek di barat daya Montana hingga ke muara Sungai Mississippi. Sungai Missouri mengairi kawasan seluas kira-kira 1 371 100 kilometer persegi. Lembangan saliran ini meliputi keseluruhan atau sebahagian daripada 10 negeri di Amerika Syarikat dan dua provinsi di Kanada. Sungai ini adalah berlumpur. Penjelajah awal dan Orang Asli Amerika menamakannya Big Muddy dan peladang menyifatkannya sebagai “terlalu tebal untuk diminum dan terlalu nipis untuk dibajak”. Sungai Missouri diberi nama sempena nama Orang Asli Missouri, salah satu puak yang tinggal berhampiran dengan muara sungai ini. | UMUM | |
SUNGAI MISSISSIPPI | Sungai Mississippi adalah antara sungai yang utama di Amerika Utara dan merupakan sungai yang kedua terpanjang di Amerika Syarikat. Sungai Missouri adalah sungai yang terpanjang. Sungai Mississippi sepanjang 3766 kilometer dari barat laut Minnesota ke Teluk Mexico. Sungai Mississippi dan anak sungai mengairi hampir kesemua dataran yang terletak di antara Banjaran Appalachian dan Banjaran Rocky. Lembangan saliran ini meliputi kawasan seluas 3 230 490 kilometer persegi dan termasuklah kawasan pertanian dan perindustrian yang paling produktif di Amerika Syarikat. | UMUM | |
SMITH, WILLIAM | Smith, William (1769–1839) ialah ahli geologi dan jurutera British yang menemui cara untuk mengenal pasti pembentukan batuan daripada fosilnya. Dia juga menerbitkan peta geologi England dan Wales yang pertama. Smith lahir di Churchill, Oxfordshire, England. Dia belajar sendiri ilmu kejuruteraan dan geologi. Dia mula bekerja sebagai pembantu juruukur dan menjadi jurutera terusan dan saliran. Smith mengumpulkan fosil, mengkaji batuan dan menyusunnya mengikut usia. Dia menerbitkan Geological Map of England and Wales, with part of Scotland pada tahun 1815. | UMUM | |
SMEATON, JOHN | Smeaton, John (1724–1792) ialah jurutera British yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat para jurutera lain dan membina rumah api itu daripada blok batu yang ditanggam bersama. Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100 tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka bentuk dan membina jambatan, kincir air, pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain. Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran Leeds, England. | UMUM | |
SISTEM PENANAMAN | Sistem penanaman ialah kaedah menanam tanaman dan mengeluarkan hasil yang tinggi tanpa merosakkan tanah. Ia melibatkan gabungan teknik pengeluaran yang berbeza untuk menyediakan penggunaan tanah yang paling baik. Dalam menentukan tanaman dan kaedah pengeluaran yang paling sesuai dengan tanah, peladang mesti memastikan komposisi tanah, cerun, saliran dan masalah hakisan tanah; dan sejarah penanamannya yang lalu. Teknik pengeluaran seperti kaedah penanaman yang berbeza, penggiliran tanaman, dan penggunaan baja dengan betul dan racun perosak digunakan dalam kombinasi yang berbeza untuk membantu peladang. | UMUM | |