SALLEH MOHD. NOOR | Pengasas FRIM | PERTANIAN | Tokoh |
MOHD. SALLEH DAUD | MOHD. SALLEH DAUD (1923-1995), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 17 November 1923 di Kampar, Perak. Selain menggunakan nama Salleh Daud, dia juga menggunakan nama pena M.S. Daud. Mohd. Salleh mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Temoh dan kemudian dia meneruskan pelajaran di Anglo Chinese School, Kampar hingga lulus Junior Cambridge. Dia juga pernah menuntut di Anderson School, Ipoh hingga lulus Senior Cambridge. | SASTERA | Tokoh |
KIAI SALLEH | Kiai Salleh (1916–1956) ialah nasionalis Melayu yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun. Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk melancarkan penentangan tersebut. | UMUM | |
JOHARI SALLEH | JOHARI SALLEH (1940- ), pemuzik dan penggubah lagu. Dia lahir pada 9 Februari 1940 di Singapura. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Tanjung Rhu dan kemudian di Sekolah Menengah Siglap. Dia mendapat sijil Sekolah Seberang Laut Cambridge pada tahun 1958. Ayahnya, Salleh bin Mohamed ialah ahli perniagaan dan pemimpin pancaragam. | BUDAYA | Tokoh |
HARUN HAJI SALLEH | | SASTERA | Tokoh |
HARRIS MOHD. SALLEH | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AWANG HAD SALLEH | | BAHASA | Konsep |
MAT SALLEH | Mat Salleh ( ? –1900), penentang penjajahan British di Sabah. | UMUM | |
MUHAMMAD HAJI SALLEH | Muhammad Haji Salleh (1942– ) ialah penyair Malaysia yang menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1991 dan bergelar Sasterawan Negara, penerima anugerah S.E.A. Write Award pada tahun 1988, penerima Hadiah Kebudayaan Australia untuk Seniman Asia pada tahun 1975, dan menerima beberapa kali hadiah puisi pada peringkat kebangsaan. | UMUM | |
SALLEH KAMIL | SALLEH KAMIL, (1924 – 1998), pelakon filem Singapura. Dia lahir pada 24 April 1924 di Coleman Street, Singapura. Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdullah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Teng Road, Singapura. Selepas berhenti sekolah, dia bekerja sebagai buruh kasar dan kemudian menjadi budak pejabat di sebuah syarikat swasta. Salleh Kamil kemudiannya bekerja sebagai pemandu kereta dengan seorang saudagar Inggeris. Selepas itu dia menjadi pemandu teksi sepenuh masa. | BUDAYA | Tokoh |