Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salmah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IAKAH SALMAH?

Iakah Salmah?, novel karya Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu. Novel pertamanya ialah Kawan Benar.

SASTERAKarya
SALMAH MOHSIN

SALMAH MOHSIN (1944 -      ), wartawan dan penulis.  Dia lahir pada 13 Februari 1944 di Kampung Bagan, Batu Pahat, Johor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bagan hingga darjah tiga, Sekolah Inggeris Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat dan Sekolah Agama Perempuan Bagan hingga tamat darjah khas.

SASTERATokoh
SALOMA

Saloma, (1935–1983), penyanyi, pelakon dan

Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah

Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang

seni bermula semenjak zaman persekolahan.

Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil

bahagian dalam drama berjudul “Gadis Moden”

dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka

depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu

usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya

dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di

bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek,

kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan

ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan

persekolahannya.

UMUM 
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL-

Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635

M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri

baru Islam. Nama penuhnya ialah al-

Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia

memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah

bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al-

Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam

yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan

Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah

dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai

pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid

menghantar bantuan kepadanya sebagai

permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina

‘Umar turut membantunya dengan menghantar

tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud

al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina

‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu

Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al-

Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d

ibn Abu Waqqas. Lihat Syam.

UMUM 

Kembali ke atas