SALUR ALIMENTARI | Salur alimentari ialah tiub panjang yang menyalurkan makanan ke dalam tubuh dan dihadam. Pada manusia, tiub ini kira-kira 9 meter panjangnya. Haiwan yang memakan daging biasanya mempunyai salur alimentari yang lebih pendek daripada haiwan yang memakan rumput. Salur alimentari bermula di mulut dan termasuk farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. | UMUM | |
TIUB FALOPIO | Tiub Falopio , yang juga dinamakan salur ovum atau salur tiub uterus adalah satu daripada sepasang organ pembiakan perempuan tempat telur dari ovari lalu untuk ke uterus. Tiub Falopio ialah tempat telur disenyawakan oleh sperma lelaki. Lihat Pembiakan manusia (Sistem pembiakan manusia; gambar). | UMUM | |
ARTERI | Arteri ialah nama tiub atau salur darah yang melaluinya darah dipam keluar dari jantung ke berbagai-bagai bahagian tubuh. Darah yang dibawa oleh kebanyakan arteri itu merah terang kerana darah ini telah mengambil oksigen semasa melalui paru-paru. Akan tetapi darah yang mengalir melalui arteri yang menghubungkan ventrikel sebelah kanan jantung dengan paru-paru belum lagi mengambil oksigennya. Darah ini berwarna kecoklat-coklatan. Jika arteri itu terpotong, darah akan memancut keluar secara bersamaan dengan degupan jantung. Vena berbeza daripada arteri oleh sebab vena membawa darah balik ke jantung, bukannya membawa darah keluar dari jantung. Jika vena terpotong maka darah mengalir daripadanya dalam aliran yang sekata. | UMUM | |
PERUT | Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan (haiwan yang mengunyah mamahannya), perut mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada perut manusia (lihat Ruminan ). | UMUM | |
SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |
KIPAS BERSALUR | Kipas bersalur ialah kipas yang berpusing di dalam peranti bak silinder yang dikenali sebagai salur. Kipas bersalur biasanya digunakan pada kenderaan kusyen-udara. | UMUM | |
KELENJAR TIROID | Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin (pengeluaran hormon) yang terletak di depan leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid mengambil iodin dari darah dan menggunakannya untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga dikenali sebagai tetraiodotironina dan triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai folikel . | UMUM | |
BRONKOSKOP | Bronkoskop ialah alat yang digunakan untuk memeriksa salur udara dan tiub bronkus paru-paru. Ia terdiri daripada salur berongga dengan sistem cahaya dan cermin. | UMUM | |
TURUS PLAT | Sejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
SISTEM LIMPA | Sistem limfa terdiri dari salur limfa, nodus limfa dan beberapa organ; organ-organ utama terdiri dari sumsum tulang dan kelenjar timus (yang terletak di sebalik tulang dada – sternum, berkedudukan di atas jantung); organ-organ sekunder terdiri dari tonsil dan limpa (bahagian atas kiri abdomen), nodus limfa (di sepanjang saluran limfa dan tertumpu di bahagian leher, ketiak, abdomen dan kelangkang), tampalan Peyer ‘Peyer’s patch’ (pada bahagian usus) dan apendiks. | BIOLOGI | Sistem |