SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |
SINDROM SALURAN KARPAL | Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan; artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar, seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom saluran karpal. | UMUM | |
SALURAN PAIP | Saluran paip ialah sistem paip yang digunakan untuk menyalurkan bahan tertentu dalam jarak yang jauh. Saluran paip memainkan peranan yang penting dalam operasi dan ekonomi masyarakat moden. Saluran paip menyalurkan air untuk kegunaan isi rumah, perniagaan dan perusahaan, mengangkut gas asli, petroleum, dan juga hasil petroleum seperti minyak petrol, minyak tanah, dan minyak diesel. Saluran paip juga membawa sisa perusahaan dan air limbahan, abu dari batu arang, bijih besi, dan batu kapur untuk kegunaan perusahaan. | UMUM | |
PENGHALANG SALURAN-KALSIUM | | UMUM | |
KEKAPILARIAN | Kekapilarian ialah kecenderungan cecair bergerak ke dalam saluran halus bak rerambut. Saluran ini yang dikenali sebagai kapilari, wujud pada bahan berliang. Tuala kertas, misalnya, mengandungi berjuta-juta kapilari di antara seratnya. Saluran ini menyerap air melalui kekapilarian. | UMUM | |
RTM | RTM, sebuah stesen penyiaran milik kerajaan. RTM ialah singkatan Radio dan Televisyen Malaysia. RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. RTM mempunyai 29 stesen radio dan dua saluran televisyen iaitu TV1 (Saluran Perdana) dan TV (Saluran Emas). | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
EMBOLISME | Embolisme ialah satu keadaan saluran darah tersekat oleh sesuatu bahan yang dibawa melalui aliran darah. | UMUM | |
DEMAM SELESEMA | Demam selesema ialah sejenis infeksi saluran pernafasan atas. Ia merupakan penyakit yang merebak dengan amat meluas dan sangat lazim dihidapi. | UMUM | |
ESOFAGUS | Esofagus, yang juga dinamakan gulet, ialah saluran otot yang membawa makanan dari bahagian bawah farinks ke perut. Otot dalam dinding esofagus menghasilkan kontraksi bak ombak, yang menggerakkan makanan turun ke perut. | UMUM | |
LIGATUR | Ligatur ialah benang yang digunakan dalam pembedahan untuk mengikat saluran darah yang mengalami pendarahan. Pakar bedah tidak menggunakan ligatur secara meluas sehingga pembedahan yang bebas daripada kuman dimajukan pada pertengahan tahun 1800-an. | UMUM | |