ELEKTROPENYADURAN | Elektropenyaduran ialah proses membubuh salutan logam pada sesuatu logam atau permukaan pengalir yang lain dengan menggunakan arus elektrik. | UMUM | |
LILIN SAYUR | Lilin sayur. Banyak tumbuhan mempunyai salutan lilin semula jadi yang melindunginya daripada haba dan lembapan. | UMUM | |
LILIN | Lilin ialah bahan lemak yang digunakan dengan meluas sebagai salutan perlindungan bagi pelbagai permukaan. Ia tahan terhadap udara, air dan perubahan kimia. Kebanyakan lilin adalah pepejal pada suhu bilik. Ia menjadi lembut apabila dipanaskan. Perkataan wax dalam bahasa Inggeris bagi lilin berasal daripada perkataan Anglo-Saxon weax, yang bermakna beeswax (lilin lebah). | UMUM | |
SINAR KATOD | Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif (katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti televisyen, paparan radar dan banyak alat saintifik. | UMUM | |
RESIN SINTETIK | Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain, kertas dan logam. | UMUM | |