Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIALEK MELAYU SAM-SAMDIALEK MELAYU SAM-SAM, satu ragam bahasa Siam yang menjadi bahasa ibunda kelompok masyarakat Melayu yang mendiami kawasan sekitar sempadan Kedah dan Perlis dengan Thailand, dan juga di Setul, Thailand. BAHASABahasa
SAM'ANIY, AL-

Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah

pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli

geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn

Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al-

Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal

kerana telah banyak mengembara untuk menuntut

ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat

yang mengatakan bahawa bilangan gurunya

melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam

pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya

menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil

karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang

mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil

Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al-

Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga

amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan

sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan

biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi

sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka

menurut susunan abjad.

UMUM 
SNEAD, SAM

Snead, Sam (1912–2002), pemain golf Amerika

yang telah memenangi sebanyak 165 kejohanan.

Dia dikenali sebagai “Slammin’ Sammy” kerana

pukulannya yang kuat dan ayunannya yang

lancar dan bersahaja.

UMUM 
SHEPARD, SAM

Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan

pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal

menggambarkan masyarakat Amerika sebagai

mati, merosot, atau mengalami kemusnahan.

Kebanyakan karya Shepard menggabungkan

simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan

popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita

detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam

beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven

(1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan

Country (1984).

UMUM 
KIM YOUNG SAM

Kim Young Sam (1927-  ), Presiden Republik Korea Selatan (1993–1997). Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1927 di Pulau Koje, Pusan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NABI IBRAHIM A.S.

Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al-

Qur’an tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih

daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut

nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn

Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh

ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi

Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para

nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi

lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Dan

Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan

Ya’kub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan

keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi

dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan

balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya

adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang

salih”.

(Surah al-‘Ankabut 29:27)

UMUM 
TARKINGTON, BOOTH

Tarkington, Booth (1869–1946) ialah penulis

novel dan drama Amerika. Karyanya dianggap

sebagai salah satu gambaran yang terbaik bagi

keseluruhan aspek kehidupan di barat tengah,

Amerika Syarikat. Karya Tarkington meliputi

pelbagai jenis daripada Monsieur Beaucaire (1900)

yang sentimental dan romantik kepada Penrod

(1914) yang penuh jenaka, dan Alice Adams (1921)

sebuah karya realisme. Karya novel triloginya

berjudul Growth (1927) memaparkan keratan

rentas kehidupan di bandar seperti yang

terdapat di bandar kelahirannya, Indianapolis, Indiana,

Amerika Syarikat. Novel triloginya merangkumi

The Turmoil (1915), The Magnificent Ambersons

(1918), dan The Midlander (1923). Penrod, Penrod and Sam

(1916), dan Seventeen (1916) memaparkan

kegembiraan dan masalah golongan muda.

UMUM 

Kembali ke atas