Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ratanya serupa; 2. = sama rasa semuanya sama; menyamaratakan menjadikan atau meng-anggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim; kesamarataan sifat (keadaan dsb) sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain): anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dgn perempuan; penyamarataan proses menyamaratakan se-suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak tinggi rendah ke­adaannya (ttg sesuatu permukaan); rata seluruhnya. 2 = ~, sama rasa semuanya sama; tidak ada perbezaan (ttg pangkat, peluang dll). menyamaratakan 1 meratakan sesuatu permukaan supaya sama seluruhnya. 2 tidak membeza-bezakan; menyamakan semuanya. 3 menganggap semuanya salah dsb. penyamarataan perbuatan atau hal menyamaratakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Burung enggang silang-bersilang,
     Nampak pipit sama rata;
Sudilah sirih sekapur seorang,
     Itulah asal pembuka kata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hati gajah sama dilapah,
     hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Bermaksud :

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAL

Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil

dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya

daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di

dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah

kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali

kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan

simen.

Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak.

UMUM 
PARTI DEMOKRATIK SOSIAL DAN BURUH

Parti Demokratik Sosial dan Buruh (Social

Democratic and Labour Party (SDLP) ialah parti

politik yang ditubuhkan di Ireland Utara pada

bulan Ogos 1970. SDLP ialah parti sayap kiri

nasionalis Ireland (lihat Sayap kiri). Tujuan utama

parti ini adalah untuk menyatukan semula Ireland

secara aman dan memperjuangkan hak sama rata

bagi semua rakyat. SDLP juga menuntut

pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan

rakyat, gaji minimum dan pendapatan yang sama

bagi pekerjaan yang sama. Ibu pejabatnya terletak

di Belfast.

UMUM 
SAINT-SIMON, COMTE DE

Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah

pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah

menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia

berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru

yang semua orang bekerja dan akan menerima

ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa

dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua

individu akan memulakan kehidupannya atas

dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan

teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi

kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik.

UMUM 
PERJANJIAN HAY-PAUNCEFOTE

Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan

Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah

ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great

Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut

memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat

untuk membina atau mengawasi kerja-kerja

pembinaan terusan yang merentangi segenting di

Amerika Tengah dan juga hak untuk

menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran

laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang

sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan,

Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada

mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa

Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk

mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut.

UMUM 
UDAUDA, agensi berkanun.  UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar).  Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar.  UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.  Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan  dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum.  Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PHAËTHON

Phaëthon dalam mitologi Yunani, ialah putera

Helios dewa matahari, dan Clymene, dewi laut.

Untuk mengetahui sama ada Helios adalah

bapanya yang sebenar, Phaëthon mengembara ke

istana dewa matahari di timur. Di sana, untuk

menenangkan Phaëthon, Helios berjanji akan

menunaikan sebarang permintaannya. Phaëthon,

secara terburu-buru, meminta untuk memandu

rata matahari merentasi langit untuk satu hari.

Helios, dengan hati yang berat, membenarkannya,

tetapi Phaëthon, sebagai makhluk biasa, tidak

berupaya mengawal kuda berapi yang menarik

rata tersebut.

UMUM 
STEREOSKOP

Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik

yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai

tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda

dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak

sepertimana mata kita melihat benda. Walau

bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak

jauh daripada satu sama lain boleh bertindak

seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil

gambar objek yang sama pada waktu yang sama.

Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan

dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai

stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki

mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang

terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu

yang menggunakan stereoskop boleh melihat

sekeliling semua benda.

UMUM 
PESAWAT PELUNCUR

Pesawat peluncur ialah motobot laju yang

melayap di permukaan air, hampir-hampir sama

seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air

apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk

supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat

ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas

permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan

tekanan air mengangkat motobot itu dan

mengawalnya supaya sentiasa berada di

permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan

alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung

sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya

mempunyai dasar permukaan tunggal.

Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih

bahagian dasar yang terpisah.

UMUM 
BULATAN

Bulatan ialah lengkungan penuh pada

permukaan yang rata. Kesemua penjuru

lengkungan sama jaraknya dari titik yang terletak

dalam lengkungan. Titik ini dikenali sebagai pusat.

UMUM 

Kembali ke atas