Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.sa.ma] | سام٢

Definisi : 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama-sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Orang bergayung sama pandai,
     sama bak kundi atas dulang.

Bermaksud :

Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TISU

Tisu ialah sekumpulan sel yang sama-sama bekerja

untuk melakukan fungsi tertentu dalam organisma.

Kumpulan-kumpulan tisu, kemudiannya,

membentuk organ haiwan dan tumbuhan.

Tisu haiwan biasanya dibahagikan kepada

empat kumpulan: (1) tisu penghubung (2) epitelium

(3) otot dan (4) tisu saraf.

UMUM 
SABARAntara sifat mulia dan terpuji yang sangat dituntut supaya masyarakat Islam sama-sama mengamalkannya.AGAMAKonsep
TIPU SULTAN

Tipu Sultan (1750–1799), juga dikenali sebagai

Tipu Sahib, ialah pemerintah kerajaan Mysore di

India Selatan dari tahun 1782 hingga tahun 1799.

Dia dikenali sebagai “Harimau Mysore” kerana

penentangannya terhadap pemerintahan British.

Tipu Sultan lahir di Devanhalli, Mysore kini

negeri Karnataka di India. Ketika berumur 15 tahun,

Tipu Sultan mengikut bapanya, Hyder Ali, ke

medan peperangan. Mereka sama-sama berjuang

menentang British dalam Perang Mysore Pertama

(1767–1769). Pada tahun 1780, pihak British

mengalami kekalahan teruk dan Tipu Sultan

meneruskan perjuangannya menentang British dan

sekutunya, kaum Marathas dan Nizam dari

Hyderabad .

UMUM 
SEGI EMPAT SAMA

Segi empat sama ialah rajah satah dalam

geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus

dan empat sudut tegak (90º) yang sama.

Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama

berukuran empat sentimeter panjang, maka segi

empat sama tersebut boleh dipotong menjadi

4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil

yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang.

Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16

sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam

aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu

kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya,

16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b

mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi

b , atau b+ b, ditulis sebagai . Angka 2 kecil

yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b

dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut

menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah

diambil dua kali sebagai satu faktor.

Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat.

UMUM 
RASA SAYANG

RASA SAYANG, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan secara beramai-ramai pada sesuatu majlis. Lagu yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia ini juga dikenal dengan nama “Rasa Sayang Eh” tetapi nama asalnya ialah “Rasa Sayang”. Lagu ini terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah dinyanyikan dalam bahasa Tagalog, Thai, China dan Tamil. Lagu ini mengandungi unsur-unsur kasih sayang, keceriaan, kemesraan dan juga usik-mengusik di kalangan kumpulan yang sama-sama mendendangkan lagu tersebut.

BUDAYAKarya
SINONIM

Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau

hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim

berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna

berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila

satu kata boleh digunakan untuk maksud yang

sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata

itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara

yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia

mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang

lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin

kedua-duanya boleh digunakan untuk

menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak

menggunakan kata stupid untuk menerangkan

mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya

bahasa dengan membantu penutur, atau penulis

menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang

tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang

membosankan.

UMUM 
GARIS KOS SAMA

Garis kos sama ialah garis yang menunjukkan pelbagai kombinasi input yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang ada pada pengeluar.

EKONOMI DAN PENGURUSANKaedah
PUNCA KUASA TIGA

Punca kuasa tiga ialah salah satu daripada tiga

faktor yang sama bagi sesuatu nombor (lihat

Faktor ). Nombor yang sama (m) diambil sebagai

faktor tiga kali akan menjadi punca kuasa tiga

nombor yang lain (n). Oleh itu, m X m X m = n.

Contohnya punca kuasa tiga bagi 2 ialah 8, kerana

2 X 2 X 2 = 8 dan punca kuasa tiga bagi –5 ialah –125,

kerana –5 X –5 X –5 = –125. Nombor nyata hanya

mempunyai satu punca kuasa tiga nyata, iaitu

nombor positif atau nombor negatif, bergantung

pada sama ada nombor yang diberikan itu positif

atau negatif. Simbol lain diletakkan di depan

sesuatu nombor untuk menandakan bahawa

puncanya hendaklah dicari , atau ditentukan.

Simbol ini dituliskan √, dan dikenali sebagai

tanda punca atau tanda radikal . Jika punca yang

hendak dicari itu ialah punca kuasa tiga, maka

angka kecil 3 hendaklah diletakkan di atas tanda

punca tadi. Jadi 3 √8 menandakan bahawa punca

kuasa tiga bagi 8 hendaklah ditentukan.

UMUM 
STRUKTUR HOMOLOG

Struktur homolog ialah struktur yang

mempunyai persamaan yang penting dan terbentuk

dengan cara yang sama. Contohnya, kaki sirip anjing

laut dan kaki depan anjing mempunyai struktur asas

yang sama. Kaki penyu dan sayap burung juga

adalah homolog, tetapi kegunaannya berbeza.

Organ yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi

tidak sama strukturnya dikatakan analog. Sayap

burung dan sayap serangga adalah struktur analog.

UMUM 
ROMBOID

Romboid ialah satu satah yang mempunyai dua sisi

selari yang sama panjang, dan dua sisi lagi berlainan

tetapi juga sama panjang.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas