Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.man] | سامن

Definisi : perintah rasmi yg menuntut seseorang hadir ke mahkamah utk didakwa, (surat) panggilan utk diadili: hutang kajang belum habis dibayar, ~ pula tiba; menyaman mendakwa (menuntut) utk diadili: orang-orang yg tidak membayar cukai akan disaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.man] | سامن

Definisi : Kl sj topi yg diperbuat drpd meng-kuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.man] | سامن

Definisi : ; ratib ~; ® ratib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.man] | سامن

Definisi : surat perintah supaya datang ke mahkamah utk dibicarakan. me­nyaman mengeluarkan perintah kpd seseorang supaya datang ke mahkamah utk dibicarakan: Kerajaan telah ~ orang-orang yg tidak membayar cukai pendapatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMANIAT, KERAJAAN

Samaniat, Kerajaan (261–389 H./874–999 M.)

ialah kerajaan Parsi yang diasaskan oleh

Saman. Saman ialah seorang bangsawan Parsi

berketurunan Bahram Jovin yang mengetuai

revolusi menentang pihak istana. Saman menjalin

hubungan dengan kerajaan Islam pada zaman

Khalifah Umaiyyah, Hisham b. ‘Abd Malik. Dia

melawat Asad ibn ‘Abdullah al-Qasari, gabenor

Khurasan pada zaman kerajaan Umawi. Dia telah

diberi penghormatan oleh gabenor tetapi dibenci

oleh musuh-musuhnya. Dia telah memeluk Islam

dan menamakan anaknya Asad, sempena nama

Asad al-Qasari yang telah memberi penghormatan

kepadanya.

UMUM 
SAMAN

Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang

pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang

yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut

bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang

berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk

memberi keterangan. Surat saman mungkin

digunakan untuk kesalahan jalan raya atau

kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat

tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak

hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh

memerintahkan orang tersebut ditangkap.

UMUM 
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
WAN MAT SAMAN

WAN MAT SAMAN (1830-an-1898), pentadbir.  Nama penuhnya ialah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail.  Dia lahir di Alor Janggus, Alor Setar.  Dia berketurunan keluarga pembesar negeri.  Datuknya yang bergelar Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana pernah menjadi Menteri Keempat Kedah, sementara ayahnya Wan Ismail pernah dilantik sebagai salah seorang penasihat utama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah (1853-1879).  Wan Ismail juga tokoh yang bertanggungjawab menaikkan Sultan Ahmad Tajuddin ke atas takhta.  Hubungan Wan Ismail dan anaknya Wan Mat Saman dengan Sultan Ahmad Tajuddin bertambah rapat lagi apabila sultan berkahwin dengan Wan Hajar, kakak kepada Wan Mat Saman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAHLAN MOHD. SAMAN

SAHLAN MOHD. SAMAN (1949 -     ), penulis.  Dia lahir pada 3 November 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 6, Sungai Besar, Selangor (1956 – 1959), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam (1960 – 1962) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabah Bernam (1963 – 1967).  Sebelum memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur pada tahun 1970, dia bertugas sebagai guru sementara.

SASTERATokoh
HAJI SAMAN

HAJI SAMAN (    ? – 1846), pembesar merangkap penasihat Sultan Brunei. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia dikenal sebagai pemimpin tempatan yang menentang perluasan kuasa British di Brunei dan wilayah jajahannya di Borneo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
FARIDAH MAT SAMAN

FARIDAH MAT SAMAN (1948 -         ), qariah Malaysia. Dia lahir di Pahang dan dibesarkan di Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu  Pasir Mas. Kemudian dia menyambung pelajaran agama di Pondok haji Ghazali, Mundok, Selatan Thailand.

BUDAYATokoh
O.K.K. MOHAMAD SAMAN

O.K.K. MOHAMAD SAMAN (  ?  -  ?  ), Ketua Anak Negeri (1935 – 1937). Dia adalah ketua tradisional bagi kaum Melayu Brunei di wilayah Labuk dan Sungai Sugut, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Dia diberi tanggungjawab untuk mengawal daerah Beaufort. Dia juga dipilih menjadi pengerusi Majlis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN ABDULLAH WAN PUTEH

WAN ABDULLAH WAN PUTEH, (1927-    ), penulis khat. Dia lahir pada 29 Disember 1927 di Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah.  Wan Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop (Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohammad Saman), Alor Setar dari tahun 1937 hingga tahun 1941.  Pada tahun 1942, dia belajar di Maktab Mahmud, Alor Setar hingga lulus Syahadah Niha’iyah pada tahun 1950.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas