Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.ran] | سامرن

Definisi : sesuatu yg disamarkan atau disem-bunyikan (nama, rupa, dll), sesuatu yg diguna-kan utk menyamarkan diri (pakaian dll): rumah itu berbumbung zink yg ditutup dgn daun nipah dan lain-lainnya sbg ~; nama ~ nama yg bukan nama yg sebenarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ma.ran] | سامرن

Definisi : sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAMA SAMARAN

Nama samaran ialah nama rekaan yang

digunakan oleh pengarang dan orang lain yang

ingin menyembunyikan identiti sebenarnya, atau

hanya ingin dikenali dengan nama lain. Satu nama

samaran pengarang yang termasyhur ialah Mark

Twain, iaitu nama yang digunakan oleh humoris

Amerika, Samuel Langhorne Clemens. “Nama

pentas” yang digunakan oleh pelakon lelaki dan

pelakon wanita adalah juga jenis nama samaran.

Lihat juga Nama (Nama-nama lain).

UMUM 
MORGANWG, IOLO

Morganwg, Iolo (1746–1826) ialah nama

samaran bagi Edward Williams, pujangga (penyair

dan penyanyi) Wales dan juga pengkaji bidang

kepurbaan. Teorinya tentang tradisi purba

pujangga Wales mempengaruhi penubuhan

Gorsedd (takhta), iaitu majlis pujangga Wales.

Eisteddfod Wales moden (perayaan tahunan) juga

berpunca daripada karya Morganwg. Iolo

Morganwg mengasaskan sesetengah ideanya

daripada punca yang tidak boleh dipercayai,

tetapi karyanya ketika itu diterima oleh ramai

orang Wales. Dia lahir di Llancarfan, di Glamorgan

Selatan.

UMUM 
NAMA PENA

Nama pena ialah nama yang digunakan oleh

pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar.

Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran .

Ribuan pengarang menggunakan nama pena.

Kebanyakannya adalah novelis popular yang

menggunakan lebih daripada satu nama pena

untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya

yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis

kadangkala menggunakan nama pena untuk

menyembunyikan identiti mereka atas alasan

perundangan, untuk melindungi peribadi mereka

atau kerana mereka menangani karya yang bersifat

sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800-

an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena

lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap

penulis wanita.

UMUM 
ARIFIN NGAH

Penulis.  Dia lahir pada 28 Mac 1939 di Kuala Terengganu, Terengganu.  Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama samaran Moriffin SN dan Melati Timur.  Ariffin mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum menyambung pendidikannya ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan Institut Bahasa, Kuala Lumpur.  Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.

SASTERATokoh
ABDUL AZIZ ABBASABDUL AZIZ ABBAS (1941-  ), penulis, Dia lahir pada 1 April 1941 di Kampung Tanjung Bayan, Teluk Intan, Perak. Aziz pernah menggunakan nama samaran Adly Azamin. SASTERAKonsep
ABDULLAH HUSSAIN, DATO

ABDULLAH HUSSAIN, Dato (1920 -      ), penulis, wartawan, aktivis politik dan Sasterawan Negara yang kelapan. Dia lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Dalam penulisan, dia banyak menggunakan nama samaran, antaranya termasuklah Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed.

SASTERAKonsep
POERWADARMINTA W.J.S.POERWADARMINTA W.J.S. (1903-1968), penyusun kamus Indonesia. Dia lahir pada 20 Julai 1903 di Yogyakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Welfridus Joseph Sabariah Poerwadarminta. Dia pernah menggunakan sama samaran seperti Ajirabas, Semplak dan Sabariya. Poerwadarminta mendapat pendidikan di Hollandsch Inlandsche School (HIS) Sore, Normaalschool Missie di Muntilan dan Ambarawa pada tahun 1925. Walau bagaimanapun, dia banyak mendapat pengetahuan selepas tamat belajar di Normaalschool dan pada ketika dia bekerja sebagai guru. Poerwadarminta dapat menguasai bahasa Jepun, Belanda, Inggeris dan Jerman dengan baik. Bahasa tersebut dipelajarinya daripada Dr. van Rijkevorsel dan Dr. C. Coxs.BAHASATokoh
RAHMAN SHAARIRAHMAN SHAARI (1949-    ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Di samping namanya, dia pernah menggunakan nama samaran Fadzri Aris, Jufrie Jantan dan Malik Iskandar. Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Guar Nangka, Sekolah Kebangsaan Oran dan Sekolah Menengah Derma, Kangar. Pada tahun 1965, dia belajar dalam jurusan sains di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.SASTERATokoh
IBRAHIM OMARIBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains.SASTERATokoh
KHALID M. HUSSAINKHALID M. HUSSAIN (1937-        ), penulis dan pengkaji teks Melayu klasik. Dia lahir pada 2 November 1937 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Khalid bin Muhammad Hussain. Dia juga menggunakan nama samaran Kalidas dan Pemerhati.SASTERATokoh
1234

Kembali ke atas