Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bal] | سمبل

Definisi : sj lauk yg dibuat drpd lada serta garam dll: ~ belacan; ~ tumis; gertak ~ kata-kata yg hanya menakut-nakutkankan sahaja; ulam men-cari ~ prb perempuan yg mencari laki-laki; sambal-sambalan, sambalan berjenis-jenis sambal; menyambal membuat sambal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bal] | سمبل

Definisi : makanan yg dibuat drpd campur­an cili dgn garam dll: ~ belacan; ~ tumis. menyambal membuat sam­bal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sambal

Puisi
 

Giling cili dibuat sambal,
     Buat gulai sayur lobak;
Sayu hati menengok kapal,
     Tenggelam timbul dipukul ombak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMBAL

SAMBAL,  makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili.  Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah.  Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat,  sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari.  Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng.

BUDAYAMakanan
ULAMULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan.  Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’.  Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk.  Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam.  Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung.BUDAYAMakanan
MAKANAN GORENG

MAKANAN GORENG, makanan yang dimasak dengan menggunakan minyak. Ada dua cara menggoreng; menggoreng dengan minyak yang sedikit atau menggoreng dengan minyak yang banyak. Menggoreng dengan minyak sedikit disebut tumis. Makanan yang dimasak begini antaranya ialah sayur-sayuran, sambal dan lauk-pauk.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas