Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bu.tan] | سمبوتن

Definisi : 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bu.tan] | سمبوتن

Definisi : 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARDI GRAS

Mardi Gras ialah sambutan yang meriah dan

berwarna-warni yang diadakan pada Shrove

Tuesday, iaitu hari sebelum Lent bermula.

UMUM 
MACAULAY, THOMAS BABINGTON

Macaulay, Thomas Babington (1800–1859)

ialah ahli sejarah Inggeris yang karyanya paling

banyak dibaca. Pada tahun 1800-an, dia juga

terkenal dengan esei dan puisinya yang berasaskan

dongeng purba. Walau bagaimanapun, karyanya

kurang mendapat sambutan pada tahun 1900-an.

UMUM 
MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul, ulang tahun keputeraan Rasulullah SAW, iaitu hari kebesaran Islam yang disambut selepas abad    ke-3 H. Sambutan ini diraikan pada 12 Rabiulawal, dan aktivitinya berterusan sepanjang bulan tersebut.  

AGAMAPeristiwa
KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA

KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA, kegiatan sambutan Bulan Bahasa yang mula diadakan pada bulan Ogos 1982. Kegiatan ini dianjurkan oleh Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura (Majlis Pusat) dengan kerjasama Angkatan Pelukis Aneka Daya, Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS ’50), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu, Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu Singapura, Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura dan Dewan Perniagaan Melayu Singapura.

BAHASAKegiatan
SASTERA RAKYAT

SASTERA RAKYAT, genre sastera yang menggunakan bahawa lisan secara menarik, istimewa dan indah.  Sastera rakyat lazimnya dikaitkan dengan budaya rakyat dan khazanah seni ini mendapat sambutan, pendukungan, dan proses penurunan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

SASTERAKonsep
WARTA AHAD

WARTA AHAD, akhbar mingguan. Akhbar setebal 28 halaman ini mula diterbitkan pada 5 Mei 1935 di Singapura oleh Warta Malaya Press Ltd.  Apabila mendapat sambutan baik, halamannya ditambah menjadi 36 halaman. Akhbar ini dijual dengan harga 15 sen senaskhah pada setiap petang hari Ahad.

SASTERAKarya
BADAN BERKANUN

BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERJANJIAN CLAYTON-BULWER

Perjanjian Clayton-Bulwer perjanjian yang

ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great

Britain pada tahun 1850, yang memberikan kedua-

dua buah negara hak yang sama bagi melindungi

suatu terusan yang akan dibina melalui Amerika

Tengah. Kedua-dua negara bersetuju untuk

mengekalkan keberkecualian terusan itu dan

kawasan di kedua-dua belah tebingnya. Perjanjian

tersebut mengambil sempena nama John M.

Clayton, setiausaha negara Amerika, dan Sir Henry

Bulwer (1801–1872), duta British ke Amerika Syarikat.

Perjanjian tersebut tidak mendapat sambutan di

Amerika Syarikat. Pada tahun 1901, Perjanjian Hay-

Pauncefote menggantikan Perjanjian Clayton-

Bulwer. Perjanjian tersebut memberikan hak kepada

Amerika Syarikat untuk membina dan menguruskan

terusan tersebut.

UMUM 
VICTORIA INSTITUTION

VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur.  Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor.  Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut.  Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi.  Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000.  Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NASYID

NASYID , persembahan nyanyian sama ada secara solo ataupin beramai-ramai untuk menyampaikan mesej yang murni yang berlandaskan al-Qur’an dan sunnah. Persembahan bahan nasyid biasanya disampaikan tanpa atau dengan iringan muzik di majlis bercorak keagamaan, misalnya di tilawah membaca al-Qur’an, majlis ihtifal sekolah, sambutan ma’al hijrah atau maulid nabi. Nasyid juga merupakan media dan satu cara berkesan menyampaikan mesej dalam berdakwah yang menitikberatkan akidah, syariah dan akhlak. Lagu yang disampaikan memuji kebesaran Tuhan, menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di samping nasihat dan syair Islam.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
12

Kembali ke atas