Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.min] | سامين

Definisi : ; minyak ~ sj minyak sapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.min] | سامين

Definisi : minyak yg dibuat drpd lemak (umumnya lemak haiwan): nasi ~ nasi minyak. ~ nabati samin yg dibuat drpd lemak sayur-sayuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANSUR SAMIN

MANSUR SAMIN (1930 -      ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak.

SASTERATokoh
SAHABAT

SAHABAT, akhbar bertulisan jawi sebelum Perang Dunia Kedua.  Sahabat mula diterbitkan pada 15 Februari 1939 oleh Mohd. Tamim bin Deman dan dicetak oleh Al-Huda Press di Pulau Pinang.  Akhbar yang mengandungi 44 halaman ini diterbitkan tiga kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.  Pengarang yang menjayakan penerbitan Sahabat ialah Syed Ahmad bin Syekh, Haji Abdul Aziz bin Syekh Rahmat, Ahmad Boestamam, Ahmad Noor Abdul Shukor (Adnan al-Fikri) dan Mohd. Samin Taib.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas