Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan dan sampah-sarap yang lain yang ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan sampah daripada tapak khemah atau kampung yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang mengkaji timbunan buangan ini akan membina kembali kehidupan harian dan adat resam yang berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup sebelum sejarah ditulis. |