SURAH AL-GHASHIYAH | Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-88 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 26 ayat. Surah ini dinamakan al-Ghashiyah (hari kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di dalam ayat yang pertama sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sudahlah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?” (Surah al-Ghashiyah 88:1) | UMUM | |
SURAH AL-RUM | Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun ...”. (Surah al-Rum 30:1–4) | UMUM | |