Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pel] | سامڤل

Definisi : bahagian (bilangan, kumpulan, dsb) yg kecil yg mewakili bahagian dsb yg jauh lebih besar (biasanya dijadikan contoh utk penelitian, kajian, dsb), contoh: Wan Hashim memilih nelayan Dinding di Pulau Pangkor sbg ~ kajian kerana beberapa sebab; pensampelan proses memilih sampel secara rawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pel] | سامڤل

Definisi : barang-barang yg ditunjukkan sbg contoh; contoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampel
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :contoh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMPELAkan dikemaskiniMATEMATIKKonsep
DEMOGRAFI

Demografi merupakan satu kajian tentang

penduduk manusia. Ahli demografi (pakar

penduduk) mengkaji ciri-ciri seperti umur,

bilangan, taburan dan jantina dalam sesuatu

kawasan. Maklumat ini diperoleh daripada bancian

penduduk ataupun sampel survei kebangsaan.

UMUM 
SEBATIAN

Sebatian ialah bahan yang mengandungi lebih

daripada satu jenis atom. Setiap sebatian

mempunyai komposisi tertentu yang boleh

diperikan dengan formula kimia. Contohnya, air

ialah sebatian yang mengandungi dua jenis atom,

hidrogen (H) dan oksigen (O). Formula kimia air

ditulis H 2 O kerana terdapat dua kali sebanyak atom

hidrogen dengan atom oksigen dalam mana-mana

sampel air. Lain-lain sebatian biasa termasuk garam

dan gula. Sebatian ini dan banyak sebatian lain

wujud dalam alam semula jadi. Banyak sebatian

lain juga dicipta secara artifisial.

UMUM 
METALOGRAFI

Metalografi ialah kajian tentang struktur

dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh

digunakan dalam kajian tentang seramik dan

komposit, iaitu gabungan logam dengan serat

bukan logam. Ahli metalografi menentukan

bagaimana bahan akan bertindak balas dalam

keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas

atau sejuk melampau. Industri bergantung pada

metalografi untuk menghasilkan, menguji dan

memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal

angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan

menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop

elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka

mencipta bahan baru.

UMUM 

Kembali ke atas