Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku di­kesampingkannya sahaja; 2. menge­tepikan (menganggap kurang penting), menying­kirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, ber­hampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : sj kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (pd pakaian Melayu) dan biasa-nya dr pinggang hingga ke paras lutut sahaja; bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pd pakaian Melayu), memakai sam-ping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : bahagian sebelah kiri atau kanan sesuatu; rusuk; sisi. ber­sampingan bersama-sama; ber­dam­­­­pingan; berdekatan: berjalan ~. menyamping berjalan dll di tepi sesuatu; menyusur (di tepi jalan dsb). menyampingi (duduk, berjalan dll) berdampingan dgn; mendampingi. menyampingkan meletakkan di sam­ping. tersamping terletak atau diletakkan di samping; disisikan; disampingkan. sampingan sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. di samping 1 di bahagian sebelah; di sisi: Ketika menyaksikan pertandingan itu, Kadir duduk ~ saya. 2 bersama-sama; berserta: Kami sanggup berjuang ~ saudara. 3 selain; lain drpd: ~ belajar mengaji Quran, mereka belajar bahasa Arab juga. ke samping ke sebelah (kiri atau kanan); ke sisi. mengesampingkan 1 membawa ke sisi; menyisikan. 2 ki menganggap kurang penting; tidak mengendahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : kain sarung pendek yg di­pakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai sam­ping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ILMU KALAMIlmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan
persoalan akidah Islam dan mempertahankannya,
di samping menolak keraguan yang timbul
mengenainya berpandukan logik akal dan bukti-
bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah
analisa dan falsafah.
UMUMUmum
STOCKHOLM

Stockholm (pend. 692 954) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Sweden. Ia merupakan pusat

perdagangan dan kebudayaan negara di samping

pusat utama perdagangan dan komunikasi

antarabangsa. Bandar ini terletak di pantai timur

Sweden, di antara Tasik Mälaren dan Laut Baltik

(lihat Sweden (peta politik)).

UMUM 
SOFIA

Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582)

ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria,

di samping merupakan pusat ekonomi dan

kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di

barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan

dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat

Bulgaria (peta).

UMUM 
STEICHEN, EDWARD

Steichen, Edward (1879–1973) ialah jurugambar

Amerika yang membantu memajukan fotografi

sebagai satu seni kreatif. Pada awal kerjayanya,

Steichen seorang pelukis di samping jurugambar.

Dia menjadi terkenal kerana kualiti fotonya yang

lembut dan kabur tentang landskap dan manusia.

UMUM 
ABDULLAH HUSSAIN, DATO’

Abdullah Hussain, Dato' (1920– ),

Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya

yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu

adalah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping

itu, dia  pernah menghasilkan puisi, novel dan

cerpen asing.

UMUM 
SHERIDAN, RICHARD BRINSLEY

Sheridan, Richard Brinsley (1751–1816)

ialah dramatis dan ahli politik Ireland. Semasa

kerjaya dalam bidang penulisan,

dia menghasilkan beberapa komedi menarik. Di

samping itu, dia juga menjadi seorang jurucakap

yang hebat di Parlimen British.

UMUM 
SENI BINA LANDSKAP

Seni bina landskap melibatkan kerja mereka

bentuk dan membangunkan tanah untuk

digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina

landskap berkaitan dengan kecantikan alam

sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal

untuk menggunakan tanah dan objek-objek di

atasnya. Seseorang yang mendapat latihan

profesional dalam bidang ini dikenali sebagai

arkitek landskap .

UMUM 
ANUGERAH SASTERA NEGARA

Anugerah Sastera Negara ialah anugerah yang

diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan

yang menulis dalam bahasa Melayu, yang dianggap

telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan

oleh penganjur. Di samping itu sasterawan yang

layak dianugerahi dengan hadiah sastera tertinggi

negara ini mestilah telah memberikan sumbangan

yang cemerlang dalam perkembangan

kesusasteraan tanah air dengan menghasilkan karya

yang bermutu tinggi.

UMUM 
BIERCE, AMBROSE GWINETT

Bierce, Ambrose Gwinett (1842–1914?) ialah

penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal

dengan cerita perang yang realistik di samping

cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai

gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak

dalam ceritanya didorong oleh naluri yang

paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti

haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya

ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce

terhadap kekejaman dan kematian.

UMUM 
RACUN SERANGGA

Racun serangga ialah bahan pembunuh

serangga. Racun serangga kadangkala dikenali

sebagai racun perosak . Tetapi racun perosak

termasuk bahan yang digunakan untuk mengawal

tikus, rumpai dan perosak lain, di samping

serangga. Di seluruh dunia, serangga boleh

menyebabkan kerosakan yang teruk kepada

tanaman dan ternakan. Ia juga mengancam

kesihatan manusia dengan menyebarkan

penyakit.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas