Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.mu.de.ra] | سمودرا

Definisi : lautan: masing-masing melihat jauh ke tengah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
samudera (kata nama)
Bersinonim dengan laut, lautan, segara, jeladeri, jeladri;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNAN GIRISUNAN GIRI ( ? - ? ) ulama, pendakwah dan Raja Giri yang Pertama (1478-1506). Nama sebenarnya ialah Jaka Samudera dan dia juga dikenal sebagai Raden Paku.  Bapanya ialah Syekh Maulana Ishak, bapa saudara Sunan Ampel.  Sunan Giri adalah salah seorang ahli Walisongo yang berusaha memperkembang agama Islam di Jawa pada abad ke-15.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KERAJAAN BANJAR

KERAJAAN BANJAR, kerajaan Islam yang diasaskan oleh Raden Samudera di Kalimantan, Indonesia. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1526 dengan bantuan kerajaan Demak. Ibu kota kerajaan Banjar ialah Banjarmasin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
MOUNTBATTEN, LOUIS

Mountbatten, Louis (1900–1979), salah seorang

keluarga diraja United Kingdom, dan pemimpin

tentera yang cemerlang serta wizurai terakhir bagi

jajahan British di India. Dia menjadi ketua operasi

bersama British semasa Perang Dunia II (1939–

1945). Moutbatten menjadi pemerintah tentera

Berikat di Asia Tenggara pada tahun 1943 dan

mengetuai penaklukan

semula Burma dan

Semenanjung Malaysia

daripada Jepun. Dia

kemudiannya menjadi

pemerintah samudera

pertama, peringkat

tentera laut yang

tertinggi di United

Kingdom. Sebagai

wizurai India, dia

membantu menguruskan

kemerdekaan negara

tersebut.

UMUM 
PASAI

PASAI, kerajaan Islam yang agung pada abad ke-9 M.  Kerajaan Pasai juga dikenal sebagai kerajaan Samudera-Pasai.  Pasai terIetak di kawasan pantai utara Aceh, Sumatera, Indonesia. Kedudukan Pasai agak istimewa kerana terletak di kawasan lalu lintas para pedagang yang datang dari Timur dan Barat.  Para pedagang yang terlibat dalam kegiatan perdagangan di Pasai termasuklah dari Asia Barat, Parsi, India, China dan Kepulauan Melayu.  Antara pedagang ini terutama yang datang dari Asia Barat dan India ada pula golongan mubaligh yang bertujuan menyebarkan agama Islam.  Menerusi golongan mubaligh ini Islam tersebar di Pasai sejak abad ke-9 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TEUKU UMAR

TEUKU UMAR (1859 – 1899), pahlawan Aceh, Indonesia. Dia lahir di Meulaboh, sebuah kota di pinggir laut Samudera, Aceh, Indonesia. Ayahnya Datuk Songsong Buluh seorang tokoh Minangkabau yang merantau ke Meulaboh dan ibunya anak kepada Teuku Chiek Raha Meulaboh. Riwayat lain pula menjelaskan bahawa Teuku Omar adalah anak Mahmud, saudara Teuku Nanta Uleebalang, pejuang VI Mukim dari Aceh Besar. Menurut riwayat ini Mahmud merantau dan berkahwin di Meulaboh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISLAM DI KALIMANTAN

ISLAM DI KALIMANTAN, perkembangan agama Islam di Kalimantan pada abad ke-16. Islam tersebar di Kalimantan melalui dakwah oleh para pedagang yang berkunjung ke sana dan menetap di kawasan pesisir. Selain itu, pengaruh Islam berkembang melalui hubungan politik. Pangeran Samudera yang ditabalkan sebagai Raja Banjarmasin dengan gelaran Sultan Suriansyah memeluk agama Islam kerana ingin mendapat bantuan tentera dari kerajaan Demak untuk melawan tentera Daha. Seterusnya Islam tersebar ke luar wilayah kerajaan Banjarmasin juga melalui jalur politik. Kerajaan Kutai menjadi sebuah kerajaan Islam pada tahun 1600, kemudian diikuti oleh kerajaan Kotawaringin (1620), kerajaan Matan (1743), kerajaan Mempawah (1750) dan kerajaan Pontianak (1771).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BAHR AL-LAHUT

BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah ‘Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah ‘Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah ‘Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza.

BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG

DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG, dibahagikan kepada tiga, iaitu dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa, dialek Melayu berdasarkan masyarakat atau sosial, dan dialek Melayu berdasarkan daerah atau geografi.

            Dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa ialah berpusat di Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera yang telah mengalami sejarah yang panjang. Sejarah kewujudannya bermula pada awal abad ke-4 M. di Vietnam, kemudian pada akhir abad ke-7 M. di Sumatera Selatan. Selepas itu, perkembangannya dikesan di tempat lain seperti di Pagarruyung (Sumatera Barat), Muara Takus (Riau), Samudera-Pasai (Aceh), Ligor (Thai), dan Terengganu (Malaysia).

BAHASABahasa

Kembali ke atas