Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.mu.rai] | ساموراي

Definisi : (Jepun) 1. sj kasta bangsawan (keten-teraan) pd zaman feudal Jepun; 2. anggota kasta ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.mu.rai] | ساموراي

Definisi : 1 kasta kesateria dlm masya­rakat feudal Jepun. 2 anggota kasta samurai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samurai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMURAI

Samurai ialah kelas sateria yang diwarisi dari

zaman Jepun feudal. Istilah ini asalnya digunakan

hanya kepada pengawal diraja. Selepas sistem

feudal muncul, istilah ini digunakan untuk seluruh

kelas tentera. Kelas ini meliputi sateria samurai,

bangsawan feudal yang dikenali sebagai daimyo

atau daimio dan shogun. Lebih kurang lima orang

daripada setiap 100 orang Jepun tergolong dalam

kumpulan ini.

UMUM 
MISHIMA, YUKIO

Mishima, Yukio (1925–1970) ialah nama pena

novelis Jepun yang banyak menulis tentang adat

resam pahlawan samurai zaman purba. Apabila

dikritik oleh masyarakat moden yang demokrasi, dia

dan rakannya membunuh diri mengikut adat

Samurai, seppuku. Lihat Samurai.

UMUM 
BUSHIDO

Bushido, perkataan Jepun yang bermaksud sateria atau samurai pada zaman feudal Jepun. Penggunaan perkataan bushido bermula pada abad ke-16, iaitu ketika era pemerintahan Kamakura (1192-1573).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KOA KUNRENJO

KOA KUNRENJO, pusat latihan kepimpinan pada masa pemerintahan Jepun. Koa Kunrenjo ditubuhkan pada Ogos 1942 di Jakarta dan sebuah di singapura, dengan ditadbir oleh seorang kolonel tentera Jepun. Pada Februari 1943, Koa Kunrenjo  ditubuhkan di Melaka dan beroperasi di Maktab Perempuan Melayu Melaka. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan golongan pentadbir dan ahli politik melalui satu program latihan yang merangkumi latihan fizikal dan ketenteraan, ‘bushido’ (etika moral golongan samurai), bahasa Jepun, sejarah dan ekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas