SAN MARINO | San Marino ialah sebuah negara Eropah yang kecil dan dikelilingi oleh Itali. Ia terletak di Pergunungan Apennine di timur laut Itali. Sebahagian besarnya – termasuk ibu negaranya dan kotanya yang terbesar – terdiri di Gunung Titano. Ibu negaranya juga bernama San Marino. San Marino ialah salah sebuah negara yang paling kecil di dunia. Luasnya hanya 61 kilometer persegi. | UMUM | |
SAN LUIS POTOSÍ | San Luis Potosí (pend. 489 238) ialah pusat perladangan dan perlombongan di kawasan tengah Mexico. Bandar ini terletak 362 kilometer di barat laut Mexico City dan menjadi ibu negeri San Luis Potosí. Untuk lokasi San Luis Potosí, lihat Mexico (peta politik). | UMUM | |
SAN ANTONIO, | San Antonio, Texas (pend. 935 933) ialah salah sebuah bandar yang paling bersejarah di Amerika Syarikat. Sepanjang sejarahnya, San Antonio berada di bawah kawalan Sepanyol, Mexico, dan Republik Texas yang merdeka. Bandar ini dikenali sebagai Alamo City kerana menghormati Pertempuran Alamo yang berlaku di sini pada tahun 1836. | UMUM | |
SAN JOSE | San Jose, California, (pend. 782 248; pend. kaw. met. 1 497 577) ialah bandar perindustrian yang utama dan salah sebuah pusat pembuatan aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia terletak di Lembah Santa Clara, lebih kurang 80 kilometer ke selatan San Francisco. Keluaran utama industri elektronik di sini ialah komputer dan kelengkapan komputer. Kawasan dari San José ke barat laut ke Palo Alto kadang-kadang dikenali sebagai Lembah Silikon disebabkan terdapat banyak industri komputer dan industri yang berkaitan dengan komputer. | UMUM | |
SAN'ANIY, ABU BAKAR AL- | San’aniy, Abu Bakar al- (126–211 H. /744–827 M.), penghafaz hadith yang dihormati dan ulama Yaman yang menerima hadith daripada Mu‘ammar, Ibn Jurayj, al-Thawriy. Nama penuhnya ialah Abu Bakar ‘Abd al-Razak ibn Hammam ibn Nafi‘ al- Hamyari, al-San‘aniy. Imam Ahmad, Ibn Mu‘in, Ishaq ibn Rahawayh, Ibn al-Madini dan para ulama lain banyak mengambil hadith daripadanya. Dia seorang imam dalam ilmu hadith dan seorang hafiz yang berautoriti dalam bidang ini. Al-San‘aniy meninggalkan buku-buku ilmiahnya, antaranya ialah kitab al-Musannaf dan Tafsir al-Qur’an dan kedua- duanya telah dicetak. | UMUM | |
SAN FRANCISCO | San Francisco , California, ialah salah sebuah bandar yang paling menarik di dunia dan merupakan pusat kebudayaan, kewangan dan perindustrian yang utama di Amerika Syarikat. Kereta kabel yang bertentangan, pekan China yang mempesonakan, dan bukit-bukaunya memberikan bandar ini daya tarikan yang khusus. Keindahan alam San Francisco serta iklimnya yang sederhana juga membantu memberikan bandar ini reputasi sebagai “bandar kegemaran Amerika.” Bandar ini menarik lebih kurang tiga juta pelancong setiap tahun. | UMUM | |
SAN DIEGO, | San Diego, California (pend. 1 110 549; pend. kaw. met. 2 498 016) ialah salah satu pusat pangkalan udara dan aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia terletak di sudut barat daya California, di sempadan Amerika Syarikat-Mexico. Bandar raya ini meliputi kawasan seluas 1020 kilometer persegi, termasuk 181 kilometer persegi perairan pedalaman. Di sini terletaknya pusat pentadbiran Kaunti San Diego. | UMUM | |
JAMBATAN TELUK SAN FRANCISCO–OAKLAND | | UMUM | |
GOH CHOON SAN | | UMUM | |
STIRENA AKRILONITRIL (SAN) | Bahan kopolimer termoplastik antara stirena dengan akrilonitril. Kopempolimeran ini dapat memperbaiki sifat-sifat polistirena. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |