Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat, tempat duduk (dlm kata maj-muk); singgah~ takhta kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORAN

Oran (pend. 663 504) merupakan pelabuhan Laut

Mediterranean di Algeria. Oran terletak kira-kira

360 kilometer di barat Algeria (lihat Algeria [peta]).

Oran menjadi tempat untuk menjalankan

perdagangan dengan bandar pedalaman Afrika

dan pelabuhan di selatan Eropah. Ia dibina oleh

orang Moor, dan sesetengah bangunan lama yang

melihatkan pengaruh Moor masih berdiri megah.

Bandar ini telah ditakluki oleh orang Sepanyol

pada tahun 1509, orang Turki pada tahun 1708,

dan sekali lagi oleh orang Sepanyol pada tahun

1732. Sepanyol meninggalkan Oran pada tahun

1791 setelah bandar ini musnah akibat gempa

bumi. Pada tahun 1831, orang Perancis membina

semula Oran. Tentera Amerika membuat

pangkalan di sana semasa Perang Dunia II.

UMUM 
OGLETHORPE, JAMES EDWARD

Oglethorpe, James Edward (1696 –1785),

orang Inggeris, merupakan pengasas tanah jajahan

Georgia Amerika. Dia lahir di London dan

mendapat pendidikan di Oxford University. Dia

memasuki tentera British semasa berusia 14 tahun.

Dia dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 1722.

Di sana, dia mula memberi perhatian kepada orang

yang telah dipenjarakan kerana tidak melunaskan

hutang mereka. Oglethorpe berharap dapat

membantu mereka dengan menubuhkan sebuah

tanah jajahan Amerika bagi penghutang ini. Pada

tahun 1732, dia dan sekumpulan bersekutu

menerima piagam daripada George II bagi tanah

jajahan tersebut, yang bakal ditubuhkan di wilayah

di antara Sungai Savannah dengan Sungai

Altamaha.

UMUM 
MUHAMMAD NAJIB

Muhammad Najib (1319 H.–1405 H. /1901 M.–

1984 M.) ialah pegawai kerajaan Mesir yang menjadi

presiden dan perdana menteri Mesir yang pertama.

Dia lahir di Khartoum dan menuntut di Kolej

Ghourdoun yang bersejarah di Khartoum. Kemudian

dia melanjutkan pelajarannya di Akademi Tentera di

Kaherah dan berjaya menamatkan pengajiannya di

sana. Muhammad Najib dilantik sebagai pegawai

dalam tentera Mesir. Dia berkhidmat dalam pasukan

tentera sukarela semasa Perang Dunia II. Dia juga

dilantik sebagai naib gabenor di Sina dan

pemerintah pasukan tentera sempadan di daerah

Laut Merah.

UMUM 
BRAMANTE, DONATO

Bramante, Donato (1444–1514) ialah arkitek

dan pelukis Zaman Renaissance Itali. Bangunan

Bramante, yang dikenali sebagai Tempietto (1502),

di Gereja San Pietro di Montoria menandakan

tempat St. Peter disalib di Rom, mengikut ceritanya.

Bramante mereka bentuk bangunan ini menyerupai

kuil Rom yang kecil bulat. Dia juga membuat reka

bentuk asal untuk Gereja St. Peter di Rom, dan

mereka bentuk Belvedere Courtyard (1505–1513) di

Vatican.

Bramante lahir dekat Urbino, Itali. Minat awalnya

adalah seni lukis dan matematik. Dia menerima

latihan seni bina daripada Luciano Lauran, ketua

arkitek Urbino. Selepas tinggal di Milan untuk

beberapa lama, Bramante menetap di Rom pada

tahun 1499. Di sana dia mengkaji puing Rom

purba. Oleh sebab pengetahuannya yang meluas

tentang seni bina purba, dia diambil bekerja

sebagai arkitek oleh Paus Alexander VI dan Julius

II. Bramante terkenal kerana mengembalikan

kepopularan dua bahan binaan Rom purba, iaitu

konkrit dan stucco.

Lihat juga Gereja Saint Peter (Sejarah).

UMUM 

Kembali ke atas