Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tali dll yg diselendangkan di bahu (disilangkan di dada) utk membawa sesuatu; kata ~ (Lin) kata penyerta; sayap ~ selepang (rantai emas) yg disilangkan di dada; menyandang 1. membawa sesuatu dgn tali dll yg diselendangkan di bahu: ~ senapang; ketika bertanya itu, ia sedang ~ kameranya; 2. memikul, memanggul: ~ pedang; orang yg membawa persalinan itu semuanya ~ tetampan kekuningan; 3. ki menanggung atau menderita sesuatu (kesusahan, kesakitan, dll): ~ derita; 4. ki menjawat sesuatu pekerjaan (tugas dll), menjabat, memegang gelaran (pangkat dll): jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah lama benar disandangnya; menyandangkan memikulkan, menyuruh memanggul; penyandang 1. orang yg menyandang se-suatu (di bahu); 2. orang yg menyandang (memikul, memanggul); 3. orang yg menyan-dang (sesuatu jawatan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sandang
Kata Terbitan : menyandang, penyandang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATA SANDANG

Kata sandang ialah nama yang diberi kepada

mana-mana satu daripada tiga perkataan – <I>aI>, <I>anI>,

dan <I>theI>. Ia digunakan sebagai <I>adjektif pembatasI>

untuk menunjukkan satu benda. Kadangkala ia

dikelaskan sebagai <I>penentuI>, bukannya sebagai

adjektif.

UMUM 
PUAPUA, kain tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Pua ditenun dengan menggunakan kek sandang belakang yang disebut sebagai <I style="mso-bidi-font-style: normal">body tension loomI> atau <I style="mso-bidi-font-style: normal">back strap looI>. Di kalangan kaum Iban, alat tenunan ini disebut sebagai tumpuh. Tumpuh ialah sejenis alat tenunan ringkas dan ringan. Penenunnya duduk di atas lantai dengan merenggangkan benang loseng pada penyandang atau strap di bahagian punggungnya.BUDAYAKonsep
BENGKUNG

BENGKUNG,   kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu.  Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang.  Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm.  Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular.  Ada kalanya  seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas