Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.di.wa.ra] | سنديوارا

Definisi : 1. pertunjukan cerita yg dilakon-kan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil: mereka bersetuju utk mengadakan ~ pd Hari Ibu Bapa nanti; bintang ~; 2. sesuatu kejadian yg tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata sahaja dll); bersandiwara 1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu; menyandiwarakan 1. melakonkan sandi­wara, mementaskan: cerita itu pernah disandi-warakan di radio; 2. mengarang cerita sandiwara drpd cerita biasa; 3. ki memainkan, mempermainkan; persandiwaraan bidang, hal, dll yg berkaitan dgn sandiwara: zaman sebelum perang ada-lah dianggap sbg zaman pembaharuan atau pengenalan pengaruh Barat dlm ~ Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.di.wa.ra] | سنديوارا

Definisi : 1 pertunjukan sesuatu cerita oleh pelakon-pelakon; pementasan cerita. 2 sesuatu kejadian yg dibuat-buat utk mengelirukan orang. ber­sandiwara 1 berlakon utk sesuatu cerita; bermain sandiwara. 2 berbuat sesuatu hanya utk mengelirukan orang. menyandiwarakan 1 memainkan sesuatu cerita dsb sbg sandiwara. 2 mengubah sesuatu cerita biasa kpd cerita berbentuk sandiwara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sandiwara (kata nama)
Bersinonim dengan lakonan, cerita, pementasan cerita, setambul, tonil, pertunjukan, persembahan, menora, mendu, drama, taridra, pantomin;,
Kata Terbitan : bersandiwara, menyandiwarakan, persandiwaraan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANDIWARA

SANDIWARA, corak persembahan drama yang dilakonkan dia tas pentas atas sebagai siaran radio.  Istilah sandiwara digemari pada tahun 1950-an hingga tahun 1960-an.  Istilah sandiwara yang lain ialah citrawara, tetapi kini kedua-duanya tidak lagi digunakan, sebaliknya timbul pula istilah drama pentas ataupun teater.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ACHMAD C.B.ACHMAD C.B. (1914- ), penyanyi, pencipta lagu, pemimpin sandiwara dan pejuang kemerdekaan.BUDAYAKonsep
DARDANELLA

 DARDANELLA, rombongan sandiwara Indonesia yang sangat popular pada akhir tahun 1940-an. Nama penuhnya ialah Dja Dardanella. Dardanella dipimpin oleh Pedro, seorang yang berbangsa Rusia yang beristerikan seorang wanita Indonesia bernama Dewi Dja. Sandiwara ini telah memecahkan tradisi bangsawan dan komedi stambul Indonesia kerana persembahannya lebih mendekati konsep tonil atau teater Barat.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
ANDJAR ASMARA

ANDJAR ASMARA (1902 – 1961), penulis, wartawan, pelakon sandiwara dan filem Indonesia.  Dia lahir pada 26 Februari 1902 di Alahan Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.

BUDAYAKonsep
SIPUT SARAWAK

SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem.  Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun.  Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah.  Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara.  Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia.  Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu.  Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya.  Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal.  Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri.

BUDAYATokoh
SENI LAKON

SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem.  Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SABAI NAN ALUIH

SABAI NAN ALUIH, cerita rakyat Minangkabau.  Sabai ertinya nama yang halus dan lemah lembut.  Cerita Sabai nan Aluih sering dimainkan dalam randai (teater rakyat Minangkabah) dan dalam sandiwara moden di Minangkabau atau di Jakarta.

SASTERAKonsep
KASMA BOOTY

KASMA BOOTY, (1930-    ), pelakon filem Melayu pada tahun 1950-an. Dia lahir pada bulan April 1930 di Medan, Indonesia. Bapanya keturunan Belanda. Semasa pemerintahan Jepun, keluarganya mengikuti kumpulan sandiwara bergerak Rayuan Asmara atau Asmaradhana yang ditubuhkan oleh Jaafar Sidek, Ahmad C.B. dan Booty Jacobs ke seluruh Sumatera dan Singapura sebagai usaha melarikan diri daripada keganasan Jepun.  Pada masa itu, Kasma menjadi pelakon kanak-kanak dan penyanyi latar.

BUDAYATokoh
JAHLELAWATI

JAHLELAWATI (1937-1979), penulis wanita Singapura. Dia lahir di kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Halijah. Ketika berusia awal belasan tahun, dia sudah terlibat dalam cerita bangsawan sebagai pelakon kanak-kanak. Ketika itulah dia sering dibawa merantau di sekitar Nusantara.  Dia sampai di Singapura pada tahun 1949. Ketika itu, Singapura sedang berkembang sebagai pusat persembahan sandiwara.

BUDAYATokoh
MELAN ABDULLAH, TAN SRI

MELAN ABDULLAH, Tan Sri (1919-      ), wartawan.  Dia lahir pada 24 April 1919 di Kampung Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor.  Nama sebenarnya ialah Mohamad Ramadhan, kemudian ditukar menjadi Melan disebabkan kesukaran menyebutnya dalam bahasa Jawa.  Bapanya, Abdullah bin Yahya (Joyosmarom) berasal dari Jawa Tengah.  Melan memakai nama samaran Iskandar Muda dalam puisi, cerpen dan lakonan sandiwara radio pada tahun 1940-an.

SASTERATokoh

Kembali ke atas