Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata sandang yg lebih hormat drpd si, a) depan nama orang dll yg dimuliakan: S~ Arjuna; S~ Samba; S~ Sepurba; S~ Nata; b) di depan nama benda yg dimuliakan: S~ Saka Merah Putih; S~ Surya; c) di depan nama binatang (dlm cerita-cerita): S~ Kancil; d) bp di depan sesuatu yg dianggap sbg benda hidup: ~ api; e) bp sbg ejekan: ~ menantu; ~ suami; persangan sl orang-orang yg bergelar sang (sbg penghormatan): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang kecil menjemput dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sang I

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti sang genap: ada orang adalah dia.

Bermaksud :

Suka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANG NILA UTAMA

Sang Nila Utama ( ? –1348), raja Melayu yang

mula-mula membuka Singapura. Baginda

memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348.

Baginda ialah putera kepada Sang Sapurba dengan

isterinya, puteri Palembang. Baginda dikahwinkan

dengan puteri Raja Bentan, Wan Seri Beni dan

kemudiannya dilantik oleh Raja Bentan menjadi raja

di Pulau Bentan.

UMUM 
SANG NILA UTAMASANG NILA UTAMA (        – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura).  Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba.  Menurut <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah MelayuI>, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik.  Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik.  Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda.  Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka.  Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa).   Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana.  Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HIKAYAT SANG KANCILHIKAYAT SANG KANCIL, sastera jenis cerita jenaka. Hikayat ini ditulis oleh Daeng Abdul Hamid dari Perak, kemudian ditulis kembali oleh R.O. Winstedt. Naskhah ini mengandungi 20 buah cerita.SASTERAKarya
SANG SAPURBA

SANG SAPURBA, (            ) , Raja Minangkabau yang keturunannya di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia.  Menurut <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah I>Melayu, di Palembang, iaitu di hulu muara Tatang ada sebuah sungai bernama Sungai Melayu dan di daerah itu terdapat sebuah bukit bernama Bukit Siguntang Mahameru.  Ketika itu Wan Empuk dan Wan Malini sedang berladang.  Keesokan harinya, mereka melihat padi mereka sudah masak dan berbuahkan emas serta berdaunkan perak.  Di atas bukit itu, mereka menemui tiga orang pemuda yang tampan parasnya.  Mereka menyatakan bahawa mereka adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bernisabkan Raja Nusirwan dan pancaran Raja Bictram Syah.  Pemuda itu bernama Nila Pahlawan dan karna Pandita, dan bersama-sama mereka ialah sebilah pedang bernama Simandang Kini dan lembing bernama Lembuara.  Lembu kenaikan mereka memuntahkan buih, tempat keluar seorang lelaki bernama Bat.  Bat berdiri memuji dengan kata-kata yang mulia dan digelarnyalah baginda Sang Sapurba Tramberi Tribuana.  Bat mengahwinkan Nilai Pahlawan dengan Wan Empuk dan Karna Pandita berkahwin dengan Wan Malini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CINA BUTA

CINA BUTA, peranan yang dimainkan oleh sang perantara sementara yang berstatus suami dalam keadaan perkahwinan yang telah mengalami talak tiga. Panggilan umum terhadap suami begini ialah ‘muhalil’ (yang menghalalkan) kerana perkahwinan dengannya membolehkan bekas suami mengahwini kembali isterinya yang telah diceraikan dengan talak tiga.

       

 

BUDAYAKonsep
TEMASIK

TEMASIK, nama asal Singapura sebelum ia dibuka dan dijadikan negeri oleh Sang Nila Utama atau Sri Tri Buana lebih kurang pada tahun 1300. Temasik menjadi pusat kekuasaan raja-raja Melayu sebelum Melaka. Temasik pada asalnya adalah sebuah perkampungan kecil. Perkampungan ini pernah disinggahi pedagang dan pengembara asing terutamanya dari negeri China dan Tanah Arab.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ANUGERAH

ANUGERAH,  pemberian yang berupa hadiah yang terbesar  dan tinggi nilainya.  Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit ‘nugeraha’ atau ‘ anugeraha’. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya.  Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SERIBU KUNANG-KUNANG DI MANHATTAN

SERIBU KUNANG-KUNANG DI MANHATTAN, kumpulan cerpen Umar Kayam.  Kumpulan cerpen ini diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Jakarta.  Kumpulan ini mengandungi enam cerpen iaitu “Seribu Kunang-Kunang di Manhattan”, “Isteriku, Madame Schlitz dan Sang Raksasa”, “Sybil”, “Secangkir Kopi dan Sepotong Donat”, “Chief Sitting Bull” dan “There Goes Tatum”.

SASTERAKarya
SASTERA KETATANEGARAAN

SASTERA KETATANEGARAAN,<I style="mso-bidi-font-style: normal"> I> kitab yang bertujuan memberi pelajaran kepada anak-anak raja atau raja perihal pentadbiran negeri.  Pada abad ke-14, terdapat kitab Machiavelli di Eropah berjudul <I style="mso-bidi-font-style: normal">II PrincipeI> (Sang Raja).  Dalam kitab ini, Machiavelli menghuraikan cara pemerintahan yang harus diamalkan oleh seorang raja.  Di India, terdapat kitab <I style="mso-bidi-font-style: normal"> Kautilya-Arth-SasteraI> yang mengutamakan cara pemerintahan yang baik.  <I style="mso-bidi-font-style: normal"> Pancatantra I> pada mulanya juga merupakan buku pelajaran politik untuk anak-anak raja.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas