SASTERA KETATANEGARAAN, kitab yang bertujuan memberi pelajaran kepada anak-anak raja atau raja perihal pentadbiran negeri. Pada abad ke-14, terdapat kitab Machiavelli di Eropah berjudul II Principe (Sang Raja). Dalam kitab ini, Machiavelli menghuraikan cara pemerintahan yang harus diamalkan oleh seorang raja. Di India, terdapat kitab Kautilya-Arth-Sastera yang mengutamakan cara pemerintahan yang baik. Pancatantra pada mulanya juga merupakan buku pelajaran politik untuk anak-anak raja.
Thanks for clicking. That felt good.