Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tahi leburan, buih berserta kotoran yg lain (drpd logam yg dileburkan); ~ bes hasil sampingan (campuran beberapa sebatian drpd pembuatan keluli) yg boleh dibuat baja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; tersanga-sanga tergopoh-gopoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : buih dan kotoran-kotoran lain yg terhasil drpd peleburan sesuatu logam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanga
Kata Terbitan : tersanga-sanga,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANGA

Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang

dikeluarkan semasa proses membuat besi

jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam-

logam lain. Sanga dari relau bagas keluli

mengandungi sulfur dan silikat kalsium,

magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau

tembaga dan relau melebur plumbum

mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain

dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli

mengandungi kapur, besi oksida, dan silika.

Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk

mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan

untuk membuat simen dan jalan raya.

UMUM 
MELEBUR

Melebur ialah kaedah mengasingkan logam

daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan

dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk

membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan

10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur

dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas

panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini

membakar kok dan menghasilkan gas serta haba

yang perlu untuk menurunkan besi daripada

mineral oksidanya di dalam bijih dan juga

membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur

dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus

(lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari

bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan

dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas

untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan

tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang

mengandungi besi).

UMUM 

Kembali ke atas