Melebur ialah kaedah mengasingkan logam daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan 10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini membakar kok dan menghasilkan gas serta haba yang perlu untuk menurunkan besi daripada mineral oksidanya di dalam bijih dan juga membentuk <i>sanga i>daripada tindak balas batu kapur dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus (lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan tembaga, plumbum dan <i>feroaloi i>(aloi yang mengandungi besi).<i> i> |