Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ni.ta.si] | سانيتاسي

Definisi : sistem kawalan kebersihan awam, termasuk bekalan air bersih, pembuangan sampah dan pembuangan najis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sanitasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANITASI

Sanitasi ialah suatu bidang kesihatan awam. Ia

melibatkan pelbagai usaha mengawal keadaan

sekitar untuk mencegah serta mengawal penyakit.

Sanitasi juga termasuk kebersihan diri yang

menolong melindungi diri daripada penyakit.

UMUM 
DEMAM TIFOID

Demam tifoid ialah sejenis penyakit serius yang

dijangkitkan oleh bakteria, yang menyebabkan

demam panas, keletihan dan dalam kes yang teruk,

kematian. Pada masa dahulu ia lebih kerap berlaku

di kawasan yang padat penduduknya. Walau

bagaimanapun setelah cara kesihatan dan sanitasi

yang baik dikembangkan, demam tifoid jarang-jarang

berlaku. Penyakit ini sekarang jarang-jarang sekali berlaku

di tempat-tempat yang mempunyai standard

sanitasi yang moden.

UMUM 
TIFOID MARY

Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon

(1868?–1938), pembawa pertama demam tifoid yang

dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari

penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang

pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid

kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih

kurang 53 orang dengan demam tifoid antara

tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang

daripadanya mati akibat penyakit itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan

awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan

berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk

bekerja sebagai tukang masak. George Soper,

seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya

dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang

berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan

berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang

masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia

tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun

hingga ke akhir hayatnya.

UMUM 

Kembali ke atas