NERINA, NADIA | Nerina, Nadia (1927– ) ialah penari balet yang mendapat sanjungan daripada kebanyakan negara di dunia kerana kecemerlangan tariannya. Dia ialah penari balet pertama Royal Ballet, iaitu syarikat balet British, yang mengadakan persembahan bersama- sama dengan penari balet Bolshoi dan Kirov di Kesatuan Soviet. Salah satu daripada peranannya yang cemerlang ialah sebagai Lise dalam La Fille Mal Gardee, yang dicipta khas untuknya oleh Frederick Ashton, seorang pereka tari. Nerina lahir di Cape Town, Afrika Selatan. Dia belajar menari balet di London di bawah tunjuk ajar Marie Rambert. Pada tahun 1946, Nerina memasuki Sadler’s Wells Ballet. Pada tahun 1947, dia menyertai Royal Ballet. | UMUM | |
RICHARDSON, SIR RAPLH | Richardson, Sir Raplh (1902–1983), terkenal di arena antarabangsa dengan persembahannya dalam beberapa peranan filem dan pentas. Dia menerima sanjungan di bidang pementasan bagi peranannya dalam Peer Gynt karya Ibsen, Cyrano de Bergerac oleh Rostand , dan Uncle Vanya karya Chekov, bagi peranannya sebagai Bluntschli dalam Arms and the man oleh Bernand, dan banyak lagi watak Shakespeare. Filem-filemnya ialah Anna Kerenina, The Fallen Idol, The Heiress, dan Lady Caroline Lamb . | UMUM | |
STREISAND, BARBRA | Streisand, Barbra (1942– ) ialah penyanyi dan seniwati Amerika yang terkenal kerana interpretasi dramatiknya dalam mempersembahkan lagu-lagu popular. Dia juga mendapat sanjungan sebagai pelawak wanita, di pentas dan dalam filem. | UMUM | |
MIKADO | Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan pemerintahan mereka pada masa kini dikenali dengan nama yang dipilih khas untuk mereka. Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno Showa atau Maharaja Showa. | UMUM | |
PINDAR | Pindar (522?–443 S.M.) ialah penyair lirik agung Yunani. Dia disanjung kerana mencipta oda Pindar. Jenis oda ini terbina daripada tiga rangkap iaitu strop, antistrop, dan epod – yang diulang bersiri. Pindar menggubah puisi yang sangat indah dan halus ini untuk meluahkan sanjungan dan pujian terhadap acara tertentu seperti meraikan kejayaan atlit dalam pertandingan sukan kebangsaan yang hebat. | UMUM | |