Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa kesusasteraan Hindu kuno. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sanskrit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESUSASTERAAN SANSKRIT

Kesusasteraan Sanskrit ialah kesusasteraan

India dan ditulis dalam bahasa purba yang

bernama bahasa Sanskrit. Kesusasteraan ini

tergolong ke dalam tiga zaman – Weda, Epik dan

Klasik.

UMUM 
PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT

PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT, proses peminjaman dalam bahasa Melayu.  Kosa kata bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu sejak zaman prasejarah.  Braddell menyatakan bahawa kosa kata itu meliputi agama, falsafah, perdagangan, barangan muzik, undang-undang, raja-raja dan istana, flora dan fauna, dan sebagainya.

BAHASAKonsep
PANINI

Panini ialah ahli nahu bahasa Sanskrit. Para

cendekiawan tidak pasti mengenai keterangan lanjut

hidupnya. Dia mungkin lahir di Punjab pada tahun

500-an atau 600-an SM.

UMUM 
KALIDASA

Kalidasa ialah penyair dan dramatis agung India.

Dia menulis dalam bahasa Sanskrit India purba.

Kalidasa kadang-kadang dikenali sebagai

Shakespeare India .

UMUM 
ARYA

Arya ialah istilah yang digunakan untuk kumpulan

bahasa Asia dan untuk bangsa-bangsa tertentu.

Indo-Arya ialah sekumpulan bahasa yang

dituturkan terutamanya di benua kecil India.

Sesetengah bahasa ini wujud sejak lama dahulu

kira-kira pada tahun 1500 S.M. Indo-Arya termasuk

bahasa Sanskrit purba dan bahasa Hindi moden.

Dalam bahasa Sanskrit, istilah arya dirujuk kepada

sekumpulan orang di India purba. Orang Arya ini

adalah Brahman, ahli kasta Hindu yang tertinggi,

yang mengikut amalan agama yang diterima pada

tradisinya dan menggunakan bahasa Sanskrit.

Dalam bahasa Sanskrit, arya juga bermakna

bangsawan.

UMUM 
SUTTEE

Suttee merupakan adat Hindu yang lazim

diamalkan di India. Perkataan suttee berasal

daripada perkataan Sanskrit sati, yang bermakna

isteri setia. Mengikut amalan ini, apabila seorang

suami meninggal dunia, balunya merelakan dirinya

atau dipaksa untuk mati. Biasanya dia dibakar

bersama mayat suaminya atau bersama barang-barang

pakaian suaminya.

UMUM 
BENDAHARA

BENDAHARA, dalam tradisi Sanskrit bererti tuan perbendaharaan. Dalam sejarah kuno Sumatera dan Pulau Jawa, jawatan ini merupakan bendahari kepada kerajaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
NUSANTARA

Nusantara ialah nama bagi pulau-pulau yang

membentuk Indonesia. Nusa ialah perkataan Jawa

bagi “pulau”. Perkataan Antara terdapat dalam

bahasa India purba iaitu Sanskrit, bahasa Jawa,

bahasa Indonesia, dan bahasa Melayu.

UMUM 
BHAGAVAD-GITA

Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci

agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita

bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam

bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad-

Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia

telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India

yang utama dan juga beberapa bahasa Barat.

Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali

sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an

M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah

sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata,

puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata).

Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi

kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah

ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada

tahun 100-an M. dan tahun 200-an M.

UMUM 
JAWA DWIPA

JAWA DWIPA, berasal daripada perkataan Sanskrit Yawadwipa yang bermaksud pulau atau semenanjung Yawa. Sebahagian besar sejarawan bersetuju bahawa Yawadwipa ini ialah Pulau Jawa. Ada juga pendapat bahawa Yawadwipa dan Jawadwipa ialah dua tempat yang berlainan. Mengikut K.R. Halla, Yawadwipa terletak di lembah Sungai Jelai di bahagian barat daya Pulau Borneo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
123

Kembali ke atas