Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.to] | سنتو

Definisi : Id gelaran bagi orang lelaki yg keramat (dlm agama Kristian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santo


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANTO DOMINGO

Santo Domingo (pend. 1 313 172) ialah ibu

negara dan bandar terbesar di Republik Dominica.

Ia terletak di muara Sungai Ozama di selatan

pinggir laut. Untuk lokasi, lihat Republik Dominica

(peta). Bandar ini merupakan pelabuhan laut dan

lapangan terbang yang penting. Kilang-kilangnya

menghasilkan keluaran gula, tekstil dan minuman

beralkohol. Hotel tempat peranginan dan pantainya

menjadikan Santo Domingo popular kepada

pelancong.

UMUM 
PERAYAAN SAINT NICHOLAS

Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak-

kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari

jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop

di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi

santo penaung kepada kanak-kanak semenjak

Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan

terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah

negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka

dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint.

Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan

paginya mereka mendapati jerami dan lobak

merah tadi telah digantikan dengan mainan-

mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak-

kanak itu nakal, dia akan menerima rotan

penyebat.

UMUM 
SLIEVE DONARD

Slieve Donard ialah puncak tertinggi di

Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara.

Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada

hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat,

Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man

di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve

Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama

seorang santo pada tahun 400 M.

UMUM 
MICHAELMAS

Michaelmas ialah perayaan yang diadakan pada

29 September di gereja Roman Katolik dan Gereja

England, dan pada 8 November di gereja Greek,

Armenia dan Koptik. Perayaan ini adalah sebagai

memperingati Saint Michael yang digelar

‘archangel’. Michaelmas berkemungkinan berasal

daripada Empayar Rom pada tahun 400-an M.

Perayaan itu penting pada Zaman Pertengahan

apabila Saint Michael menjadi ketua kesateria dan

salah seorang ketua santo Gereja Roman Katolik.

Di Great Britain, Michaelmas ialah satu istilah

akademik yang digunakan di Universiti Oxford dan

Cambridge.

UMUM 
ANTHONY OF PADUA, SAINT

Anthony of Padua, Saint (1195–1231),

pemimpin agama Kristian dan pengkhutbah

ternama pada zamannya. Banyak kejadian ajaib

dikatakan berlaku kepada Anthony, sama ada

semasa hayatnya atau selepas kematiannya. Jasad

Anthony disemadikan di sebuah gereja yang dibina

di Padua, Itali sebagai penghormatan kepadanya.

Gereja tersebut kemudiannya menjadi tempat suci

yang menjadi tarikan ramai penziarah yang ingin

memohon pertolongannya sebagai santo.

UMUM 
MORE, SAINT THOMAS

More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah

penulis, negarawan dan ilmuan England yang

agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor,

jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun

1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan

jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry

VIII untuk menceraikan permaisurinya. More

dihukum pancung pada tahun 1535 kerana

enggan menerima raja sebagai ketua gereja

Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi

teladan kepada individu yang meletakkan hati

nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang

bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik

mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun

1935.

UMUM 
SIENA

Siena (pend. 61 888) terletak di atas bukit di Tuscany berhampiran Florence, Itali

(lihat Itali [peta politik]). Medan pusatnya, Piazza del Campo,

terkenal pada peringkat antarabangsa. Dewan

bandar rayanya terletak bertentangan medan pusat

bandar tersebut. Perlumbaan kuda yang dianjurkan

oleh daerah di bandar itu yang dikenali sebagai

Palio berlangsung di medan bandar ini setiap tahun.

Katedral Goth Siena dibina daripada marmar hitam

putih, ialah satu daripada katedral Zaman

Pertengahan yang terkenal di Eropah. Siena

mempunyai universiti yang bertarikh dari tahun

1200-an. Bandar ini ialah tempat lahir Saint Catherine,

santo penaung di Itali. Lihat juga Simone Martini.

UMUM 
JOSE JOYA

JOSE JOYA  (1931 -      ),  pelukis  Filipina.  Dia lahir pada 3 Jun 1931 di Manila, Filipina.  Dia mendapat pendidikan seni secara formal di University of the Philippines (1949 – 1953) dengan ijazah Bachelor of Fine Arts, kemudian di University Santo Tomas Manila (1953), dan di Cranbrook Academy of Art, Amerika Syarikat (1956 – 1957) dengan kelulusan Master of Fine Arts dan seterusnya di Pratt Center For.  Jose Joya pernah bertugas sebagai pensyarah dan seterusnya sebagai Dekan, Kolej Seni Halus University of the Philippines (1970 - 1978).

BUDAYATokoh

Kembali ke atas