Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.pro.fit] | سڤروفيت

Definisi : (Bio) tumbuhan yg hidup dgn me-makan benda-benda yg reput (busuk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pro.fit] | سڤروفيت

Definisi : ist organisma (tumbuhan atau kulat) yg hidup dgn memakan bahan-bahan organik yg telah mati atau reput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saprofit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAPROFIT

Saprofit ialah benda hidup yang mendapat

makanannya daripada sisa organisma yang mati.

Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti

cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini

tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang

membolehkan tumbuhan membuat makanannya

melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit

menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan

untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya

menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan

karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh

menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain

yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya

menjadi sebatian yang lebih ringkas.

UMUM 

Kembali ke atas