Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ra.nan] | سارنن

Definisi : hal yg disarankan (dikemukakan dll): ~nya mendapat sambutan drpd orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ra.nan] | سارنن

Definisi : 1 apa-apa yg di­sarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pen­dapat utk mencari pengaruh dan so­kongan; dak­yah; propaganda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saran
Kata Terbitan : saranan, menyarankan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSYAWARAH MUSYAWARAH , kaedah yang digunakan oleh anggota masyarakat, khususnya pemimpin, untuk meninjau dan membulatkan pendapat dan saranan ramai tentang masalah yang melibatkan kepentingan bersama. Musyawarah dijalankan atas prinsip tertentu yang harus dijunjung dan dipelihara bersama bagi menjamin keutuhan masyarakat tersebut. Sejak mula diamalkan dalam masyarakat purba hingga sekarang, musyawarah merupakan satu amalan demokrasi yang bertindak sebagai penghalang kepada merebaknya kepimpinan autokratik. Dalam Islam, musyawarah terbit daripada konsep syuro’ yang bermaksud bermesyuarat beramai-ramai untuk membincangkan kepentingan ummah dan menyelesaikannya menurut hukum syariah.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKaedah
EJA

EJA, persatuan yang khusus untuk wartawan hiburan. EJA ialah singkatan bagi Entertainment Journalists Association of Malaysia (Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Januari 1979 di Kuala Lumpur. Idea awal penubuhannya dikemukakan olah Khalid Jefri, Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu ketika itu, agar semua wartawan hiburan bersatu dalam menjalankan tugas mencari bahan berita dan rencana untuk media masing-masing. Persatuan ini juga ditubuhkan bertujuan untuk menambah bilangan wartawan hiburan dan penulis berita hiburan yang mantap, sesuai dengan saranan Menteri Penerangan pada waktu itu, Mohamad Rahmat.

BUDAYAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas