Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rap] | سارڤ

Definisi : sampah (daun-daun kering, debu, dll): dia mengibas-ngibas ~ ke tepi dinding dgn kain; sampah ~ berbagai-bagai sampah; ~ sehelai dituilkan, batu sebuah digulingkan prb memeriksa dan menyelidik sesuatu dgn teliti; menyarap 1. bertaburan (spt sarap): kartu bertaburan, wang berserak-serak, rokok ~ di lantai; 2. ki tidak berguna, dianggap sbg sampah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rap] | سارڤ

Definisi : ; menyarap 1. = menyarapi mem-beri berlapik atau beralas dgn barang-barang yg tipis (kain dll): katil itu disarapi dgn kain putih; 2. makan pagi: sampai sekarang ia belum ~ lagi; sarapan 1. alas, lapik, lapisan; 2. a) makanan pagi (sbg alas perut); b) makan pagi; bersarapan mengambil sarapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rap] | سارڤ

Definisi : sj penyakit kulit (pd kanak-kanak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rap] | سارڤ

Definisi : kotoran spt debu yg halus-halus; berbagai-bagai jenis sampah dan kotoran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.rap] | سارڤ

Definisi : ; menyarap 1 makan pd waktu pagi utk mengalas perut: Kalau tidak ~, saya tidak dpt membuat kerja. 2 memberi beralas atau berlapik dgn benda-benda tipis; me­lapik sesuatu dgn benda tipis: Dia ~ tempat tidur anaknya dgn kain putih. sarapan 1 makanan yg dimakan pd waktu pagi utk mengalas perut. 2 makan pagi. 3 sesuatu yg dibuat alas atau lapik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sarap (kata nama)
Bersinonim dengan sampah, kotoran, benda buangan, najis, latah, hampas, kapar;,
Kata Terbitan : menyarap,

Peribahasa

Adat lurah timbunan sarap.

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMBUNAN BUANGAN

Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan

dan sampah-sarap yang lain yang

ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak

arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan

sampah daripada tapak khemah atau kampung

yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat

tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan

tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat

yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit

cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada

kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan

mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang

mengkaji timbunan buangan ini akan membina

kembali kehidupan harian dan adat resam yang

berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup

sebelum sejarah ditulis.

UMUM 
TEKA-TEKI

Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang

mengandungi makna yang sengaja disembunyikan.

Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk

menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk

conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung

kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini

ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat

terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut

sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila

kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai

dua maksud.

UMUM 

Kembali ke atas