SARAWAK | Sarawak (pend.1 648 200) ialah negeri yang terletak di Malaysia Timur. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas 124 450 kilometer persegi, memanjang sejauh 800 kilometer sepanjang barat laut pulau Borneo. Negeri ini terletak di utara garisan khatulistiwa di antara garisan bujur 0 ° 50’ dan 5º Utara, manakala garisan lintang 109 ° 36’ dan 115 ° 40’ Timur. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK | ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam. Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan. Merisik Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok. | BUDAYA | Konsep |
BARISAN PEMUDA SARAWAK | Barisan Pemuda Sarawak, persatuan serpihan daripada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), ditubuhkan pada bulan Jun 1947 untuk menentang isu penyerahan Sarawak kepada Britain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK | GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK, gerakan menentang keputusan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britain. Keputusan Brooke diambil tanpa mendapat persetujuan rakyat Sarawak, Majlis Negeri dan Tuan Muda Bertram Brooke. Keputusan Brooke bertentangan dengan jaminan Dinasti Brooke bahawa Sarawak adalah hak orang tempatan dan mereka hanya memerintah Sarawak seperti yang diamanahkan dalam perlembagaan. Mengikut Perlembagaan 1941, tujuan utama Dinasti Brooke adalah untuk menyediakan Sarawak ke arah kemerdekaan. Gerakan antipenyerahan bertujuan untuk menuntut kembali status Sarawak sebagai sebuah negeri yang merdeka, sama ada di bawah Dinasti Brooke ataupun di bawah kerajaan orang tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
UTUSAN SARAWAK | UTUSAN SARAWAK, akhbar yang diterbitkan di Sarawak. Utusan Sarawak yang diterbitkan pada 16 Januari 1949 bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Melayu serta memperbaiki kepincangan ekonomi dan pendidikan. Utusan Sarawak merupakan akhbar Melayu ketiga yang diterbitkan di Sarawak sesudah Fajar Sarawak (1930) dan Utusan Asas (1947). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PARTI PERIKATAN SARAWAK | PARTI PERIKATAN SARAWAK, parti politik. Parti Perikatan Sarawak adalah gabungan beberapa buah parti di Sarawak. Penubuhan Parti Perikatan Sarawak berteraskan usaha untuk menyatupadukan parti politik yang pro-Malaysia bagi menghadapi pilihan raya Sarawak pada tahun 1963. Pengumurnan untuk mengadakan pilihan raya ini ditentukan oleh kerajaan British. Tujuan utamanya adalah untuk membentuk kerajaan negeri Sarawak menjeIang kemerdekaan dan pengisytiharan Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
GENDANG SARAWAK | Gendang Sarawak, alat muzik tradisional masyarakat Melayu Sarawak. | KESENIAN | Alat/Alatan |
SARAWAK DAYAK ASSOCIATION | SARAWAK DAYAK ASSOCIATION, pertubuhan suku kaum Dayak di Sarawak. Persatuan ini didaftarkan sebagai pertubuhan sosial pada 24 Februari 1946. Antara mereka dipilih untuk memimpin persatuan ini ialah Charles Mmason (presiden), Edward Brandah (naib presiden), Philip Jitam dan Andres Jika (setiausaha) dan Robert Jitam (bendahari), manakala Edwin Howell dilantik sebagai penasihat kehormat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SIPUT SARAWAK | SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem. Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun. Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah. Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara. Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia. Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu. Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya. Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal. Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri. | BUDAYA | Tokoh |
YAYASAN SARAWAK | Badan menjaga kemajuan ekonomi dan pembangunan Sarawak. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |