Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sar.din] | سردين

Definisi : 1. sj ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula mela-nura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sar.din] | سردين

Definisi : beberapa jenis ikan laut yg diproses dan diisikan di dlm tin utk diperdagangkan, Clupea pilchardus; Sar­dina pilchardus. spt ~ penuh sesak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sardin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARDIN

Sardin ialah anggota famili hering dan ikan

makanan yang penting. Perkataan sardin merujuk

kepada beberapa kumpulan ikan. Tetapi ia digunakan

terutamanya bagi spesies seperti sardin Pasifik,

sardin Afrika Selatan dan sardin Eropah, yang juga

dinamakan pilchard . Lain-lain anggota famili hering,

termasuk sprat dan hering Atlantik, juga dijual

sebagai sardin. Nama sardin diberi kepada ikan ini

kerana ia pertama kali ditangkap berhampiran

dengan pulau Sardinia di barat Laut Mediterranean.

UMUM 
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM 
SPRAT

Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih

kecil dalam famili hering. Sprat membesar

sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan

pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara

hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan

ini mempunyai badan yang leper dengan tepi

bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya.

Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia

dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan

dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain

diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan.

Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili

hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus.

UMUM 

Kembali ke atas