IJAZAH SARJANA MUDA | | UMUM | |
PETRARCH | Petrarch (1304–1374) ialah penyair dan sarjana Itali yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga seorang sarjana yang dihormati sehinggakan pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch mendahului dalam menemukan kehebatan penulis- penulis klasik dan membantu memulakan pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang terpadam dalam perpustakaan di biara-biara. | UMUM | |
ASAD, NASIR AL-DIN AL- | Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan, sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah, Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943. Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun 1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al- Azhar. | UMUM | |
SAINS SOSIAL | Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir erti kehidupan di dunia bukannya cuba menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains sosial memberi tumpuan kepada kehidupan manusia dengan orang lain dalam sesuatu kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi, ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi sosial, kriminologi, dan sains undang-undang. Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi, geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori sains sosial yang luas. | UMUM | |
ALCUIN | Alcuin (735 M.–804 M.) ialah sarjana, guru dan penulis Inggeris. Dia menuntut di sekolah biara di York, pusat pengajian di England pada masa itu. Alcuin menjadi penasihat kepada Maharaja Charlemagne pada tahun 782 M. (lihat Charlemagne ). Pengetahuannya tentang pencapaian kesarjanaan Anglo-Saxon membantu membawa pembaharuan Carolingian. Dia membuat banyak reformasi pendidikan dan merupakan ahli terkemuka akademi Charlemagne. | UMUM | |
ABUL FAZL | Abul Fazl (1515–1602) ialah sarjana India yang menjadi sahabat karib dan penulis biografi Maharaja Mughal, Akbar (lihat Akbar ). | UMUM | |
SNOUCK HURGRONJE, CHRISTIAAN | Snouck Hurgronje, Christiaan (1857–1936) ialah sarjana Belanda yang paling arif tentang Islam. Dia juga adalah penasihat kerajaan Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). | UMUM | |
NIETZSCHE, FRIEDRICH | Nietzsche, Friedrich (1844–1900), ahli falsafah, pemuisi, dan sarjana klasik Jerman. Ramai ahli falsafah, penulis, dan ahli psikologi pada tahun 1900- an amat terpengaruh dengannya. | UMUM | |
PUTERA SHOTOKU | Putera Shotoku , (573–621) ialah negarawan Jepun dan sarjana agama. Pada tahun 604, baginda memperkenalkan undang-undang bertulis Jepun yang pertama dikenali iaitu Perlembagaan Artikel Tujuh Belas. | UMUM | |
SMUTS, JAN CHRISTIAN | Smuts, Jan Christian (1870 –1950) ialah askar, sarjana, dan negarawan Afrika Selatan. Dia menentang United Kingdom (UK) dalam Perang Boer tetapi kemudian membantu orang Boer (peneroka berketurunan Belanda) dan pihak British berdamai. | UMUM | |