Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarjana 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINS SOSIAL

Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal

pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan

matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains

sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam

dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir

erti kehidupan di dunia bukannya cuba

menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains

sosial memberi tumpuan kepada kehidupan

manusia dengan orang lain dalam sesuatu

kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi,

ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi

sosial, kriminologi, dan sains undang-undang.

Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika

dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains

sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi,

geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga

dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori

sains sosial yang luas.

UMUM 
ANIS SABIRIN

ANIS SABIRIN, (1936 -       ), penulis.  Dia lahir pada 1 Mac 1936 di Johor Bahru, Johor.  Anis mendapat pendidikan asas di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di University of Malaya, Singapura.  Pada tahun 1959, dia lulus ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.  Anis memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang sains politik, ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Claremont Graduate School, Amerika Syarikat pada tahun 1976.  Anis pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik setelah tamat pengajian dari University of Malaya, Singapura, hingga tahun 1967.  Anis berhijrah ke Amerika Syarikat apabila menerima tawaran biasiswa Fullbright pada tahun 1967.

SASTERAKonsep
SAPIR, EDWARD

Sapir, Edward (1884–1939) ialah ahli antropologi

dan ahli bahasa Amerika yang menerokai hubungan

antara bahasa, budaya dan personaliti. Dalam

antropologi, Sapir membantu menemui dua cabang

kajian (1) antropologi linguistik yang menganalisa

peranan bahasa dalam pelbagai masyarakat dan

(2) antropologi psikologi yang mengkaji tentang

perhubungan antara budaya dan personaliti. Dia juga

merumuskan kaedah para sarjana boleh membina

semula sejarah kebudayaan tanpa kehadiran bukti

tulisan.

UMUM 
RAZAK MAMAT

RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka.

SASTERATokoh
SUBAGIO SASTROWARDOJO

SUBAGIO SASTROWARDOJO (1924-    ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 1 Februari 1924 di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan di Holandsch Inlandsche School (HIS) Arjuna, Bandung (1938), Hoogere Burgerschool (HSB), Sekolah Menengah Pertama (SM) di Surakarta (1945), dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta (1947).  Pada tahun 1958, dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada.  Kemudian dia meneruskan pengajian sarjana di Department of Comparative Literature, Yale University, Amerika Syarikat (1963).  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1965 dari universiti yang sama.

SASTERATokoh
SITI HAWA HAJI SALLEH

SITI HAWA HAJI SALLEH (1940-       ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik.  Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah.  Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963).  Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks.  Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994.  Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.  Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak.

SASTERATokoh
COLLINS, JAMES T.

COLLINS, JAMES T. (1946-  ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Amerika. Dia lahir di Chicago, Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah James Thomas Collins. Collins memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang linguistik dari University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, Collins telah berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Linguistik) dari universiti yang sama.

1">          

BAHASATokoh
CERITA LISAN

CERITA LISAN, cerita yang dituturkan atau diucapkan juga dikenal sebagai sastera rakyat. Cerita lisan ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Cerita ini lahir dalam masyarakat tertutup yang tidak tahu membaca dan menulis. Selain sebagai hiburan, fungsi cerita lisan ini adalah memberikan gambaran cara hidup dan kebudayaan masyarakat yang menghasilkannya. Terdapat sarjana yang telah mengkaji corak hidup sesuatu masyarakat hanya berdasarkan cerita lisan.

1">  

SASTERAKonsep
MUSA MOHAMAD, DATUK

MUSA MOHAMAD, Datuk (1943-     ), Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM). Dia lahir pada 29 November 1943 di Sungai Nipah, Bagan Datoh, Perak. Musa mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Simpang Tiga (1949-1951), Sekolah Inggeris Kerajaan Sungai Sumun (1949-1951), Sekolah Clifford (1958-1959) dan seterusnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (1960-1961). Pada tahun 1962, dia melanjutkan pelajarannya di University of Singapore sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Farmasi.

1">  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KAMUS INDONESIA-BELANDA

KAMUS INDONESIA-BELANDA, kamus yang diterjemahkan daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Belanda. Judul asal kamus ini ialah Indonesisch-Nederlands Woordenboek yang diterbitkan di negeri Belanda buat pertama kalinya pada tahun 1990. Versi terjemahan dalam bahasa Indonesia terbit pada tahun 1991. Penyusun asal kamus ialah A. Teeuw, seorang sarjana berbangsa Belanda yang pakar dalam bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Semasa menyusun kamus ini dia dibantu oleh I. Supriyanto, T. Iskandar dan H. Vruggink. Terjemahan kamus ini dilakukan bersama oleh perwakilan Koninklijk Institut voor Taal-, Land-en Volkekunde (KITLV) dengan  Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI).

1">           

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas