IJAZAH SARJANA MUDA | | UMUM | |
TAN AIK HUANG | Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti Malaya. | UMUM | |
PUNCH GUNALAN, DATUK | Punch Gunalan, Datuk (1944– ), pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah King George V, Seremban, sebelum melanjutkan pelajaran di Brighton Technology College, United Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 1967. | UMUM | |
ASAD, NASIR AL-DIN AL- | Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan, sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah, Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943. Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun 1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al- Azhar. | UMUM | |
A'ZAMI, MUSTAFA AL- | A’zami, Mustafa al- (1351 H.– /1933 M.– ), ahli fikir dan profesor di sebuah universiti di Arab Saudi. Nama penuhnya ialah Muhammad Mustafa al-A‘zami. Dia lahir di bandar Manu, pesisiran Azham Kadah, di utara India. Dia mula belajar di sekolah Arab Islam dan kemudiannya di Kolej Darul Ulum, Douband dan tamat pengajian pada tahun 1952. Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan Diploma Pendidikan daripada Fakulti Bahasa Arab. | UMUM | |
ANWAR IBRAHIM | Timbalan Perdana Menteri (1993-1998). Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell. Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TITIE SAID | TITIE SAID (1935 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 11 Julai 1935 di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Titie Raya Said Sadikun. Dia adalah pelajar arkeologi di Universitas dan mendapat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1959. dia pernah menjadi sidang redaksi beberapa terbitan berkala seperti Wanita, Hidup dan Kartini dan pada tahun 1980, dia memimpin pula majalah Famili. Dia turut menjadi anggota DPRD Tingkat I Propinsi Bali setelah mengikut suaminya bertugas di sana | SASTERA | Tokoh |
RAMON MAGSAYSAY | RAMON MAGSAYSAY (1907-1957), Presiden Republik Filipina yang ketiga (1953-1957). Dia lahir pada 31 Ogos 1907 di Zambales, Luzon Tengah, Filipina. Ayahnya seorang guru sekolah perdagangan dan kemudian membuka kedai menjual barang-barang besi. Magsaysay menamatkan persekolahan menengah di Zambales. Kemudian dia memasuki Kolej Jose Rizal dan lulus dengan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains Perdagangan pada tahun 1932. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
COLLINS, JAMES T. | COLLINS, JAMES T. (1946- ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Amerika. Dia lahir di Chicago, Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah James Thomas Collins. Collins memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang linguistik dari University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, Collins telah berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Linguistik) dari universiti yang sama. | BAHASA | Tokoh |
RAZAK MAMAT | RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka. | SASTERA | Tokoh |