SARKAS | Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih memainkan peranan penting dalam kebanyakan sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan sementara kumpulan pancaragam dan penghibur dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi warna-warni dan keseronokan. | UMUM | |
RINGLING BERSAUDARA | Ringling bersaudara ialah sekumpulan lima adik-beradik yang menubuhkan sarkas paling terkenal dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat. Mereka ialah Albert (1852–1916), Otto (1858–1911), Alfred (1861–1919), Charles (1864–1926), dan John (1866–1936). Dedikasi serta kemahiran pengurusan organisasi membantu mereka membentuk satu kumpulan kecil pembuat persembahan yang menjadi salah sebuah sarkas terunggul di dunia. | UMUM | |
TEATER | Teater ialah persembahan secara langsung yang dilakukan di hadapan para penonton. Teater melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih tradisional, teater ialah bentuk seni yang melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang dicipta oleh penulis drama. Persembahan dilakukan di hadapan penonton di ruang yang direka bentuk bagi tujuan itu. | UMUM | |
KNIGHT, DAME LAURA | Knight, Dame Laura (1877–1970) ialah pelukis Inggeris yang terkenal kerana lukisannya tentang balet, sarkas, dan kehidupan orang gipsi. Stail lukisannya yang hidup dan asli serta penggunaan warna, yang terang memberi kekuatan kepada lukisan-lukisannya. | UMUM | |
BUCK, FRANK | Buck, Frank (1884–1950), pengumpul hidupan liar Amerika. Dia mengelilingi dunia mencari binatang untuk zoo dan sarkas. | UMUM | |