Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bintang ~ bintang mengkara; garisan (balik) ~ garis lintang yg letaknya 23° 26' di utara khatulistiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sartan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GARISAN SARTAN UMUM 
ZON TROPIKA

Zon tropika ialah kawasan bumi yang terletak

dalam lingkungan 2570 kilometer utara dan 2570

kilometer selatan garisan khatulistiwa. Dua garisan

bayangan, iaitu Garisan Sartan dan Garisan Jadi,

membentuk sempadan zon tropika. Garisan Sartan

ialah 23° 27' ke utara khatulistiwa dan Garisan Jadi

pula 23° 27' ke selatan khatulistiwa.

UMUM 
SOLSTIS

Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku

setiap tahun apabila matahari berada pada

kedudukan paling utara atau paling selatan.

Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan

lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun

disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi.

Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit

bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim

panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling

utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan

(garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim

sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang

paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan

Jadi (garis lintang 2327 selatan).

UMUM 

Kembali ke atas