Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.sar] | ساسر

Definisi : setengah gila, kurang siuman; ~ bahasa gila bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : Jk; menyasar tidak mengikut arah yg sepatutnya, sesat; kesasar, tersasar terpesong (drpd arah atau landasan yg sewajarnya), tersesat (fikiran dll): oleh itu, yg salah harus dibetulkan, yg ~ hendaklah ditepatkan dan yg kurang perlu digenapkan; belut yg ~ di bawah permatang; anak ~ anak yg sudah rosak fikirannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : Jk; menyasar membidik, menghala, menuju; menyasarkan 1. menghalakan, menujukan; 2. menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; sasaran 1. tujuan (menembak), bulan-bulan: ada yg menembak ~, ada yg bercatur, ada yg bersepak raga; 2. tujuan (serangan politik, marah, kritik, dll): Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan hamun; 3. hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : ; menyasar tidak mengikut arah yg betul; salah jalan; sesat. kesasar, tersasar tersalah jalan dll; tersesat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : ; menyasar membidik; me­ne­nang; menuju. menyasarkan 1 menujukan; menghalakan. 2 mene­tapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini. sasaran 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.sar] | ساسر

Definisi : tidak berapa siuman; agak gila. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN TEMA

Taman tema ialah pusat hiburan luar yang

menawarkan aktiviti tunggangan, permainan,

pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu

atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan

tema merupakan perbezaan utama di antara taman

tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan

menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti

pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda

pusing, dan permainan sampingan termasuk baling

kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan

hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea

yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan

angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman

silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu

membayar untuk setiap permainan, tunggangan,

atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman

tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus

untuk masuk dan menyertai semua acara permainan

dan hiburan.

UMUM 

Kembali ke atas