Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom
yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil
berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi
komputer dan alat khas yang lain yang
memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga
mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang
bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain.
Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan
manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang.
Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio
daripada pengawal yang mungkin berada jauh.
SERAMPANG, senjata panjang seperti tombak dan lembing yang dilontar. Bagaimanapun mata serampang bercabang dua atau pun bercabang tiga (bentuk trisula). Matanya dipasang pada sebatang kayu yang bulat, lurus dan ringan. Jenis kayu ini tidak mudah patah apabila dilontarkan pada sasarannya.
LELA RENTAKA, meriam yang boleh dipusing-pusing. Lela rentaka biasa digunakan oleh penduduk di pesisiran dan di muara sungai. Meriam ini dipasang di tepi perahu yang tapaknya ditebuk khas untuk memasukkan puting lela rentaka bagi memudahkan meriam itu dipusing-pusing menghala ke sasarannya.
Thanks for clicking. That felt good.