Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sastera 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEDAN SASTERA

MEDAN SASTERA, majalah triwulan.  Majalah ini diterbitkan pada 1 September 1964 oleh Pustaka Melayu Malaysia Press Ltd., Singapura di bawah pimpinan Harun Aminurrashid.  Isi kandungannya bertumpu kepada tiga bidang utama iaitu sastera, bahasa dan budaya.

SASTERAPenerbitan
AL-RIWAYAT

AL-RIWAYAT’, majalah sastera dwibulanan bertulisan Jawi. Majalah ini diterbitkan dan dicetak oleh Matba’ah al-Ma’aruf, Kelantan sejak 1 November 1938.

SASTERAKonsep
PENERBITAN FEDERAL BERHAD

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong.  Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur.  Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’.

SASTERAPenerbitan
PENERBIT ABBAS BANDUNG

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT ABBAS BANDUNG, penerbit buku sastera dan buku-buku lain di Melaka.  Penerbit Abbas Bandung merupakan salah satu institusi penerbit bumiputera yang pertama dan tunggal di Melaka selepas kemerdekaan.  Buku-buku sastera yang diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung mendapat pasaran yang amat meluas sehingga Sabah, Sarawak dan Brunei.  Penerbit Abbas Bandung telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan dan bahasa Melayu.  Antara pengarang Indonesia yang mendapat tempat di Penerbit Abbas Bandung ialah Hamka, Achdiat K. Mihardja dan Pramoedya Ananta Toer.

SASTERAPenerbitan
SUTARDJI CALZOUM BACHRIKapsyen1">          :1">           Sutardji Calzoum Bachri

 

SUTARDJI CALZOUM BACHRI (1941-        ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 24 Jun 1941 di Rengat, Riau, Indonesia. Sutardji pernah melanjutkan pengajian di Fakultas Sosial Politik, Universitas Padjadjaran, Bandung.

SASTERATokoh
SURATMAN MARKASANKapsyen1">          :1">           Suratman Markasan

 

SURATMAN MARKASAN, (1930-    ), penulis Singapura.  Dia lahir pada 29 Disember 1930 di Pasir Panjang, Singapura.  Suratman mendapat pendidikan sekolah Melayu hingga Darjah Tiga.  Semasa Perang Dunia Kedua, dia terpaksa berhenti sekolah dan melakukan berbagai-bagai pekerjaan.  Pada tahun 1946, Suratman kembali bersekolah di Darjah Lima di Sekolah Melayu Sepoy Lines.  Dari tahun 1948 hingga tahun 1950, dia melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim.

SASTERATokoh
PENYALIN MANUSKRIP

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENYALIN MANUSKRIP, orang perseorangan yang menyalin teks hasil kesusasteraan tradisional.  Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional.  Jarang sekali kita mengetahui nama pengarang kerana konvensyen sastera zaman dahulu tidak menggalakkan seseorang mencatatkan namanya pada karya yang dihasilkan.  Sesebuah hasil kesusasteraan juga dianggap sebagai karya bersama seluruh masyarakat dan pengarang seolah-olah tidak berhak meletakkan namanya.  Tidak meletakkan nama pada sesebuah karya juga merupakan amalan dalam perkembangan sastera lisan yakni seseorang dapat menambah dan mengurangkan bahan cerita sesuka hatinya kerana cerita itu dianggap hak bersama.

SASTERAKegiatan
PENULIS

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENULIS, majalah triwulan bercorak sastera, budaya dan ilmu pengetahuan.  Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Januari 1964.  Majalah ini diterbitkan oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

SASTERAKarya
PENGHIBURAN

1.25pt 0pt 0in" class=MsoNormal>PENGHIBURAN, majalah sastera.  Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak.  Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali.  Ia diterbitkan dua kali sebulan.  Penghiburan agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen.  Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama.  Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [lih. j. AHMAD NAWAWI MOHD. ALI]

SASTERAPenerbitan
PENERBIT SINAR HARAPAN

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia.  Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih.  Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik.  Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS.  Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630.  Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo.

SASTERAPenerbitan
12345678

Kembali ke atas