Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sastera dan kesusasteraan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESUSASTERAAN YUNANI

Kesusasteraan Yunani ialah sastera

kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh

di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi

model kepada semua kesusasteraan terkemudian

di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin.

Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis

kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik

dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei

falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat

sastera.

UMUM 
KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONALKESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL, istilah yang digunakan untuk merujuk satu daripada dua bahagian kesusasteraan Melayu, iaitu kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden. Disamping itu, digunakan juga istilah ‘klasik’ (sastera klasik) dan ‘lama’ (sastera lamaSASTERAKonsep
KESUSASTERAAN MELAYUKESUSASTERAAN MELAYU, kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di Alam Melayu, atau Tanah Melayu, yang kini lebih dikenal sebagai Malaysia. Kesusasteraan Melayu terdiri daripada pelbagai macam dan jenis sastera yang indah dan bernilai, yang terakam dalam bahasa Melayu dan memperkatakan tentang masyarakat Melayu. Kepelbagaian jenis ini ditempatkan dalam dua kelompok utama, yang masing-masing dikenal sebagai “kesusasteraan tradisional” dankesusasteraan moden”. Pembahagian ini lebih didasarkan pada faktor sejarah.SASTERAKonsep
ABDULLAH MUNSYIABDULLAH MUNSYI (1796-1854), penulis dan bapa kesusasteraan Melayu moden. Dia lahir di Kampung Pali, Melaka. Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, berketurunan Arab/India. Dia merupakan salah seorang tokoh awal kesusasteraan Melayu moden dan merupakan penulis Melayu yang pertama menghasilkan karya sastera dalam bentuk cetakSASTERAKonsep
SASTERA EROPAH

Bentuk dan corak kesusasteraan yang diamalkan oleh masyarakat Eropah.

SASTERAKonsep
KESUSASTERAAN PERANCIS

Kesusasteraan Perancis, satu daripada

kesusasteraan negara yang terkaya dan paling

berpengaruh di dunia. Penulis Perancis

menyumbang kepada setiap bentuk sastera utama,

mencapai kecemerlangan dalam puisi epik, puisi

lirik, drama, fiksyen dan jenis prosa lain.

UMUM 
KESUSASTERAAN MELAYU-INDONESIA

Kesusasteraan Melayu-Indonesia ialah

kumpulan sastera lisan dan tulisan yang dikarang

dalam bahasa Melayu Semenanjung Tanah Melayu

dan di Gugusan Kepulauan Melayu atau Indonesia

di Asia Tenggara. Lihat Gugusan pulau.

UMUM 
KESUSASTERAAN JEPUN

Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai

salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia

menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun,

seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam

dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar.

Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan

sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M.

Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri

daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan

mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang

demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui

oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an.

UMUM 
KESUSASTERAAN LATIN

Kesusasteraan Latin meliputi esei, sejarah,

puisi, drama dan penulisan lain pada zaman

Rom purba. Dalam kebanyakan penghasilannya,

ia seolah-olah merupakan kesinambungan

kesusasteraan Yunani, yang banyak menggunakan

bentuk yang serupa. Namun begitu, sastera Latin

turut mencerminkan kehidupan dan sejarah Rom

purba.

UMUM 
KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL

KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL, suatu genre dalam kesusasteraan Melayu tradisional, iaitu karya yang bersifat ilmu atau fatwa.  Karya sastera ini mengandungi pengajaran, pemahaman, kepercayaan bersama amalan yang berkenaan; misalnya `ilmu bintang', 'ilmu penujuman', 'ilmu perubatan' dan lain-lain.  Teks tersebut ditulis dengan bahasa yang baik, kadangkala dalam bentuk puisi, diselitkan dengan contoh dan cerita yang menarik, hingga dapat dianggap sebagai sebahagian daripada karya sastera tradisional, sama seperti sastera kitab dan sastera undang-undang.

SASTERAKonsep
1234567

Kembali ke atas