Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sas.te.ra.wan] | سستراون

Definisi : 1. orang yg menghasilkan karya sastera (spt prosa dan puisi), ahli sastera, pengarang, pujangga: Asas 50 merupakan sebuah gerakan ~ yg progresif; 2. orang yg cerdik pandai, cendekiawan: memanggil segala ahli nujum dan ~; kesasterawanan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn sasterawan: pengarang harus memiliki keterampilan ~ yg menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sas.te.ra.wan] | سستراون

Definisi : 1 orang yg meng­hasilkan karya sastera; pengarang; pu­jangga; ahli sastera. 2 orang yg ahli ttg sastera. 3 orang yg cerdik pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sasterawan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SASTERAWAN

SASTERA, majalah bulanan.  Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Mei 1961 di Jakarta, Indonesia oleh PT Interpress dan dicetak oleh Percetakan Negara.  Sastera memperoleh dana daripada Sudjati S.A. Sastera diterbitkan hasil usaha H.B. Jassin dan beberapa orang penyelenggara Kisah.  H.B. Jassin dilantik sebagai ketua redaksi, D.S. Moeljanto sebagai penyelenggara redaksi dan M. Balfas sebagai Sekretaris redaksi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKitab
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA

PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau.  Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973.  Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara.  Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat.

SASTERAKarya
PERSATUAN SASTERAWAN MUDA TERENGGANU (PELITA)Persatuan Sasterawan Terengganu.SASTERAInstitusi/Organisasi
ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50)Angkatan Sasterawan 50 - Persatuan penulis.SASTERAKegiatan
TAWABI' WA AL-ZAWABI', AL-

Tawabi‘ wa al-Zawabi‘, al- ialah karya sastera

yang ditulis oleh Abu Amir Ahmad ibn Abd al-

Malik ibn Shuhayd al-Qurtubiy al-Andalusiy (382–

426 H.). Karya ini merupakan kisah khayalan yang

menceritakan tentang pengembaraan dalam alam

jin. Wiranya bertemu dengan sasterawan-sasterawan

jin lalu dia mempelajari ilmu itu

daripada mereka dan dalam cerita ini berlangsung

perbincangan antara mereka. Beberapa bentuk

kritikan dan humor yang terhad dimasukkan ke

dalamnya.

UMUM 
ASAS 50

Asas 50 ialah pertubuhan sastera Melayu moden.

ASAS 50 adalah singkatan daripada Angkatan

Sasterawan 50, yang diasaskan oleh sasterawan,

budayawan, wartawan dan ahli bahasa. Pertubuhan

ini antara lain bertujuan untuk menyatukan para

pengarang Melayu dalam satu wadah perjuangan

untuk mempertingkat dan menjaga kepentingan

penulis dalam masyarakat. ASAS 50 ditubuhkan di

Singapura pada 6 Ogos 1950.

UMUM 
ANUGERAH SASTERA NEGARA

Anugerah Sastera Negara ialah anugerah yang

diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan

yang menulis dalam bahasa Melayu, yang dianggap

telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan

oleh penganjur. Di samping itu sasterawan yang

layak dianugerahi dengan hadiah sastera tertinggi

negara ini mestilah telah memberikan sumbangan

yang cemerlang dalam perkembangan

kesusasteraan tanah air dengan menghasilkan karya

yang bermutu tinggi.

UMUM 
VALMIKITokoh sasterawan India.SASTERATokoh
WALKER ALICESasterawan InggerisSASTERATokoh
RABINDRANATH TAGORESasterawan India.SASTERATokoh
123456789

Kembali ke atas